Selasa, 31 Mac 2009

buat Pengetahuan, ketika Operasi Menjejak Udang..Ada orang kena Kantoi..

Dalam keceriaan ramai2..ada sorang mamat yang korang tak perasan...dah kena kantoi dengan aku...
Buat pengetahuan, Gimie tak sampai sebulan mendiri kan rumah tangga..

Jadi bak kata orang...bahang tu masih terasa...lebih 10kali bini dia call..tak kira masa dan tempat..yang aku hairan..bini dia tak tidur ke..???hehehe...jawab???? dan satu lagi..Kot yang Gimie pakai tu..??kot kahwin ke?

Menjejak Udang galah di Kg Gajah

Peristiwa ini berlaku pada Sabtu 28hb Mar 2009 ( Keadaan cuaca Hujan )
Eddie mencari umpan Udang di Esso Tg Tualang..

Jumaat, 20 Mac 2009

PANAS!!!TAKKAN TENGOK SAJA?..JUARA SIAKAP...TAN 3.8KG ( LOKASI TANJUNG )

TAN dengan ikan siakap 3.2kg dan 3.8kg sudah sedia untuk dimasak 3 rasa  sekor dan stim sekor . Umpan yang dikenakan beliau ialah udang hidup...walau bagainmana pun tahniah tan..

Khamis, 19 Mac 2009

Meor...Tersenyum Dengan Ikan Patin...Tapi yang kat belakang tu yang Lebih senyum ..hehe

Cuba korang tengok kat belakang tu...sapa yang lebih Senyum?Meor ke atau kat belakang tu..hehehe...kalau korang nak tahu yang kat belakang tu Penyokong setia kelab KPAS....JANNAH nama nya...sesiapa dapat ikan pasti dia senyum...itu lah penyokong namanya..
(jangan mare ye jannah..hanya bergurau)

*Lokasi Tanjung

Juara Ikan Paling Ringan..( Lokasi Kampung Pisang BG ) Kolam tak tahu sapa tuan..


Ini lah juara ikan paling Ringan..

Bukan apa,nak tunjuk pancing aku yang pertama dan ikan aku yang pertama jugak...sekarang pancing tu dah jahanam dikerjakan Bapak ROHU...

time tu tak salah bulan puasa tahun 2008.

JangaN lupa Kawan lama kita..AMIR dengan Jelawat beliau..

Ikan Rohu tempahan dari bai'a

Masih Ingat Pot Lama?bila kita nak return balik pot ni????Pot ini Original dijumpai oleh Otai kita Meor..diatas gambar aidil dengan ikan bertuah JELAWAT 800gram (agak2)..
Time tu tak salah bulan Nov 2008..
Turut Serta,
1)Aizad - 10 ekor Rohu dan 1 ekor Jelawat
2)laila - 6 ekor Rohu
3)Meor - 18 ekor Rohu
4)Aidil - 11 ekor Rohu dan 1 ekor Jelawat
5)Amran - ( Sorry aku tak ingat ) 2 kut
6)Amir - 2 ekor Rohu

Selasa, 17 Mac 2009

Operasi membenteras Udang Galah..

Ini saja nak Update,sorry lambat update...Atas aduan orang ramai di kampung gajah kerana udang terlalu banyak ...maka sudah menjadi tugas kami untuk menangkap nya...ganbar dibawah adalah dalam perjalanan ke Kg Gajah perak...apa lagi..operasi membenteras Udang Galah le...
Kalau kita lihat pada foto...apa yang dirasakan adalah..diketika siang hendak berlabuh..terasa bunyi pengepit udang kuat kedengaran....lagi malam..lagi kuat bunyi nya....
untuk maklumat..hanya 6 orang saja untuk satu sampan...jadi kalau nak ikut..kena ikut turn le..
gambar udang tunggu..dalam minggu ni mungkin ada..
Turut Serta operasi ini,
1)Laila
2)Meor
3)aidil
4)aizad
5)mat
6)ayah mat ( Juru Pandu Lubuk ) bagi berminat boleh contact beliau untuk Trip...satu kumpulan 5 orang RM100 untuk 12jam.

Isnin, 16 Mac 2009

Champion Ikan ARA lokasi TANJUNG Perak
























Wow 5.5kg..itu lah rezeki nama nya...tali 20paun machine 2 ball bearing..umpan rahsia..lokasi pun rahsia..hanya ahli saja yang tahu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...