Rabu, 25 April 2012

Satu masa, satu ketika di Kolam pancing Tronoh..Kenapa ye??

Sudah lama tidak pergi..Pada bulan Mac 2012 geng KPAS iaitu Aizad dan Pak Sedaranya telah try memancing di sebuah Kolam yang cukup terkenal di Tronoh ( bukan kolam B*B^ Ah Chong). Target ikan pada mulanya adalah patin dan pacu, tapi apakan daya.......hampeh..
 Logo kolam tersebut (kome teka la kolam ape)

Rabu, 18 April 2012

Trip Besut Edisi 1/2012 KPAS and BSSFC..kebabomm!!...bukan bunyi orang jatuh laut tapi sauh bot dijatuhkan

Lanjutan Trip Besut pada tahun 2011, Kelab Pancing Apa saja (KPAS) dijemput menyertai Trip Besut Edisi 1/2012 yang dianjurkan oleh BlackSheep Sport Fishing Club (BSSFC). Seramai 10 orang ahli telah menyertai trip ini termasuk seorang ahli tunggal KPAS iaitu Aizad. Kami bertolak agak lewat lebih kurang jam 1400hrs dari Jeti Nelayan Kuala Besut.

Peralatan yang menjadi pertaruhan Aizad untuk Trip kali ini.

Selasa, 17 April 2012

Menjinggo Di Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan.Jaga2..buaya putih memerati..

(Tanpa disedari buaya putih diatas bumbung bot..Ape!!)

Kg Sungai Timun memang terkenal dengan Udang Galah yang bersaiz Jinggo. Jika di sungai Perak udang galahnya hanya aktif di waktu malam, tetapi disini udangnya aktif tak kira siang atau malam. Ini kerana Sungai Timun adalah rangkaian Sungai Linggi yang mempunyai air pasang surut. Menurut penduduk kampung, sungai ini menjadi habitat lebih dari 2000 ekor buaya dan ada seekor buaya putih yang menjaga buaya-buaya berkenaan. Tak hairanlah mengapa Sungai ini banyak Jinggo. Jangan terserempak sudah der...

Khamis, 12 April 2012

Mencari Haruan tapi toman yang dapat..aduhhh..kecewa...

Kali ini nak bawa korang semua ke hutan kecik kat area lombong berdekatan taman lembah permai batu gajah untuk memburu ikan Haruan, gambar diatas menunjukkkan sedikit kesukaran dalam perjalanan ke pot haruan,kalau tengok gambar diatas terbukti hanya kenderaan motor, basikal saja boleh masuk...kereta tak boleh masuk...

Ahad, 1 April 2012

Ikan Haruan dari lombong pasir 2 butir.. umpannya bukan kuih cakor.

Jam 5.30pm,cuaca hari ini nampak tak cantik, tapi ini tidak mematahkan semangat dalam misi mencari ikan haruan untuk di buat sup haruan lada hitam (resepi meor otai). Gambar diatas, Puan Ros tengah singgah di gerai tepi jalan untuk membeli keropok lekor, cakor dan kuih karipap, bukan dibuat umpan memancing tapi untuk dibuat gudap2 kitaorang ketika perjalanan ke kampung pisang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...