Petang ahad...cuaca mendung, macam nak hujan ...ehhh ..memang lah nak hujan bila dah mendung... hehehe... meor otai dok fikir ... bukan fikir nak tengok TV.. tapi dok fikir nak macing ke tak.. tik..tok ..tik ..tok... tak boleh kalau tak pergi ni....sebab dah janji dengan adik beliau kat sana...pot baru..orang lain tak tahu.... tapiiiiii.... jeng..jenng,,,jeng...
Kami Pancing Apa Saja
Pemburu Spesis didalam Air
Ahad, 19 November 2017
Jumaat, 27 Oktober 2017
KPAS akan Kembali... kenapa??
Jeng2....
Jumaat, 12 Disember 2014
Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya
Ramai yang sedia maklum, Putrajaya memang terkenal dengan tasik-tasik buatan yang menggelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan tersebut. Air tasiknya sangat jernih dan bersih sehingga boleh dijadikan sebagai air minuman. Namun tasik-tasik tersebut tidak dibenarkan bagi sebarang aktiviti penangkapan ikan termasuklah memancing. Kompaun akan dikenankan kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut.
Walaubagaimanapun, pemancing berpeluang untuk menduga spesis-spesis gred A di Taman Rekreasi Air Wetland yang terletak di Presint 13. Spesies terbabit adalah patin, tongsan jelawat, kelah, toman lampam jawa, rohu, tebal sisik, sebarau dan baung yang semuanya penghuni asal tasik berkenaan dan saiznya dikatakan mencecah 10 hingga 15 kilogram (kg) dan hidup liar dalam tasik berkeluasan 76.8 hektar itu.
Kedudukan Taman Rekreasi Air Wetland dari Google Earth.
Rabu, 9 Julai 2014
Kolam Memerang, Gopeng .Errmmm..
Update kali ini KPAS akan memperkenalkan sebuah kolam pancing air tawar yang terletak di Gopeng, Perak. Kolam ini diberi nama Kolam Memerang dan terletak di Latitude 4°28'0.65"N, Longitude 101°10'37.14"E . Bagi anda yang mencari ketenangan sambil memancing bertemankan bunyi-bunyian ungas dan udara yang nyaman anda wajib datang memancing dikolam ini. Kolam ini mudah diakses dengan motosikal mahupun kereta kerana sepanjang jalan ke kolam ini berturap. Baru-baru ini Aizad dan Sabry KPAS telah berkesempatan bagi menduga penghuni kolam ini. Ikan yang dimasukkan ke dalam kolam ini adalah ikan standard seperti kolam pancing air tawar lain.
Langgan:
Catatan (Atom)