Selasa, 16 Julai 2013

Tahukan anda asal usul ikan Talapia dan famouskah dia?




Hari ni kita masuk kelas, topik kita kali ini ialah asal usul ikan Talapia.Tahu kah anda semua asal usul ikan talapia?


Di Malaysia terdapat 2 jenis (spesies) ikan Talapia yang diketahui, ikan Talapia Merah dan ikan Talapia Hitam. Walau bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia, tapi yang popular yang itu lah..lihat gambar dibawah untuk mengenali ikan talapia merah dan talapia hitam.(macam tak tau)hehehe




Ini ikan talapia merah, kalau anda memancing dapat ikan ini..jangan dibuang kerana ikan ni boleh dimakan..hehehe



Gambar diatas pulak ikan talapia hitam, yang ni popular dilombong...mudah dapat..pernah sekali penulis mancing pakai mata rambai, sekali pancing 3 dan kadang kala 4 ekor sekali dapat.
.
Gambar diatas adalah menunjukkan satu ketika dulu en meor tengah membahagikan hasil ikan talapia setelah selesai XTVT menjaring..klik disini untuk dengar cerita gambar diatas

Dengar cerita pulak ikan talapia merupakan ikan tangkapan yang penting di Afrika dan Levant. Dikatakan asal usul ikan ini adalah dari negara tersebut. Ikan Talapia Hitam (Oreochromis niloticus) merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Ikan talapia merupakan ikan ketiga penting dunia selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran 1,505,804 tan metric pada 2002. Merupakan projek akuakultur yang penting di negara-negara dengan iklim sederhana seperti ASEAN. Di zon sederhana, penternakan ikan talapia memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.

Di Taiwan ikan ini di panggil “Wu-Kuo”. Di pekenalkan dalam tahun 1946. Ikan Talapia di Taiwan adalah kacukan Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus. Merupakan ikan yang penting di dalam Taiwan untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kebanyakan ikan talapia di Taiwan di eksport ke Jepun dan Amerika.

Di China ikan talapia di panggil “Luofei”, berdasarkan dari nama asal ikan ini: Nil dan Afrika (niLUO dan FEIzhou dalam bahasa Cina)

Di Filipina, pada 11 Januari 2008 Lembah Cagayan dijadikan pusat talapia Filipina. Penternakan ikan di Filipina adalah sangat menggalakkan,ini adalah kerana ikan ini digunakan dengan banyak cara, goreng, panggang, sinigang(masakan Filipina) dan banyak lagi resipi untuk ikan ini. Malah terdapat anugerah penternak ikan talapia yang berjaya. Di Filipina ikan talapia disebut “pla-pla”.

Diatas adalah ikan talapia dibela dalam sangkar yang diusaha kan oleh Abg Chik

Diatas menunjukan Abg Chik (ahli KPAS) sedang memberi ikan talapia merah beliau makan.

Dalam satu gaya Abg Chik memanggil ikan..hahaha

Ikan Talapia merah Abg Chik setelah dipanggil

Sesiapa yang yang ingin bertanya atau nasihat mengenai ternakan ini boleh menghubungi beliau
012 517 3943

Di negara jiran kita, Indonesia, ikan ini dikenali sebagai “ikan nila”. Diperkenalkan pada tahun 1969 dari Taiwan. Ada juga yang datang dari Thailand (Nila Citralada), Filipina (Nila GIFT) dan Jepun (Nila JICA). Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Indonesia turut menghasilkan spesies baru “genetically supermale Indonesian tilapia” (GESIT). GESIT akan mengeluarkan benih 98% - 100% ikan talapia jantan. Kelebihan ikan ini adalah monoseks iaitu boleh menghasilkan benih ikan tanpa perlu persenyawaan.

Di Amerika Syarikat, pengeluaran ikan talapia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2005. Penduduk dengan pendapatan rendah merupakan pembeli utama ikan talapia untuk mendapatkan makanan yang memenuhi keperluan diet mereka. Kebanyakan ikan talapia yang diternak di negara ini adalah dari spesies ikan talapia biru (Oreochromis aureus)

Di Arab Saudi, nama ikan talapia ialah “bolty”. Di Kenya dikenali dengan nama “ngege”.

Tengok! ikan ni memang terkenal dan famous..kadang kala jumpa ikan talapia ni di majis2 kenduri kahwin..

Ada teman jumpa pemancing ikan talapia ni di lombong batu gajah yang datang dari jauh seperti KL,Penang dan negeri2 lain...

Di ipoh seperti dipasar Malam, atau market diaorang jual dalam sepingan RM3-5
(yang dalam nya ada lebih kurang 5 ekor), sekarang ni dalam hypermarket pun dah ada ikan Talapia ni..

Akhir sekali, dibawah adalah beberapa gambar masakan ikan talapia untuk tatapan anda semua..
Ikan talapia masak belada
Talapia masak kari

Klik disini untuk resipi ikan Talapia

Setakat disini lah dulu, guru besar dah panggil nak pergi pasar ramadan, Sekian Terima kasih

Bravodiokebasta..

Sumber


20 ulasan:

  1. Ikan air tawar menyehatkan, bergizi tinggi , apalagi hasil peternakan sendiri, bisa lebih terjamin kesehatannya

    BalasPadam
  2. sedapnya ikan *tetiba* hahahaha

    BalasPadam
  3. besarnya ikan tu...tak habis makan hehe

    hotlink satu

    BalasPadam
  4. Nak bwk anak2 pegi mancing ikan talapia.kat mne tmpt yg best dan selesa

    BalasPadam
  5. MANE NAK CARI INI IKAN HAAA...

    BalasPadam
  6. MANE NAK CARI INI IKAN HAAA...

    BalasPadam
  7. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...