Kampung Batu 3 terletak di Damar Laut, Lumut, Perak dan Ianya merupakan sebuah perkampungan nelayan. Baru-baru ini ahli KPAS iaitu Aslam, eddie lanjut, adam, mat, ed, pak tam dan che nuar telah mencuba nasib memancing disana…asyik mancen lombong je..bosan kate deme… kami telah bertolak ke lokasi pada sebelah petang dan singgah di kampong setiawan untuk membeli umpan udang hidup. Memang menjadi kebiasaan geng KPAS membeli udang hidup disini sebelum pergi memancing disekitar lumut, segari dan kawasan sewaktu dengannya.
Lokasi yang di “pin” adalah tempat kami memancing. Terdapat 2 jeti pendaratan ikan di Kampung Batu 3…
Setibanya kami disana air telah pun pasang penuh.. gambo menunjukkan adam yang udah tak menyabo untuk membaling umpan.. settingnya amat mudah tali perambut 50lb + pelampung + udang idup.. target utama ikan disini adalah siakap. Pada sebelah petang hasil tidak memberangsangkan hanya ikan sembilang, bulan dan tanda yang sudi makan umpan.
Siakap mula rancak makan dalam jam 10.00 malam… ni dia siakap yang pertama.. banyak kali terlepas kerana rata-rata 1st time mancen siakap.. deme ingat mancen tilapia..selepas mendapat tunjuk ajar oleh seorang otai disana baru mau lekat.. caranya mudahnya.. apabila siakap mula makan biarkan dulu dan lepaskan tali beberapa saat.. dah betul confident ikan dah telan umpan baru sentapan dibuat.
Naik lagi.. ikan kedua.. selepas naik siakap no 2 ni…terus sunyi..yang sudi makan gemang dan gelama je.. apa hal tah le…
lepas jam 6.00 pagi baru mau makan balik siakap..
Tuuu…dia.. giliran Aslam pulak..
Adik aslam dengan siakap yang paling besar dalam trip ni…
Berkakat kesabaran adam beliau dapat juga naikkan siakap..
Macam biasa la sebelum bertolak pulang sesi bergambo dulu le…
Aslam dengan 2 ekor siakap beliau
Ni dia geng-geng yang sertai trip kali ini..
Antara hasil tangkapan terbaik trip.
Temubual dengan Meor Otai KPAS
KPAS : Bagaimana perasaan abang tengok deme dapat banyak siakap ni?
Meor : Abang dah agak dah deme diam selama ni mesti ade mancen mane-mane yang tak ngajak abang. KPAS: Jadi adakah abang akan pergi mancen tempat deme mancen?
Meor: itu le.. abang rase nak ajak Laila pergi sana nanti.
Adakah Meor Otai akan repeat untuk menyiakap….tungguuu….
INFO PANCING
Disini juga terdapat Chalet dengan kadar harga RM80 hingga RM200/malam. Terdapat jeti disediakan oleh pemilik chalet khas untuk para pemancing namun ianya dibuka dari jam 7.00pagi sehingga 7.00 malam dengan kadar bayaran RM3/joran. Hanya penyewa chalet yang dibenarkan memancing di jeti tersebut pada waktu malam.
Update by Aizad KPAS...
salam perkenalan...boleh bg no phone chalet berminat nk p cni....
BalasPadamNo telofon sedang diusahakan..aritu pergi terjah je..lupa nak mintak contact tokei chalet
BalasPadamsalam tuan. boleh sy minta no tel chalet n maklumat utk ke lokasi ni tak tuan.mcm berminat la nak mancing disana
BalasPadambest memancing ikan siakap
BalasPadamHome blog anda ada disini
Terima kasih... kami dah link web tuan jugak disini..
PadamBlog anda ada disini Myrodreel
BalasPadamTerima kasih... kami dah link web tuan jugak disini..
BalasPadamyop!!! ni kg telaga nanas ke kampung batu3 ni...
BalasPadamBatu 3 zafuan .. :)
Padammcm ne aku xtau port tu best mancing siakap.rugi je 10 thn duk lumut
BalasPadamAssalam Admin
BalasPadamtahu tak apa nama chalet tu?
simpang yg selekoh tu ke? menarik ni..x penah smpi lg..
BalasPadambest tgk group ni memancing.. nanti sy nk try juga kat sini.
BalasPadamNelayan 3 Chalet namanya... masuk Kampung Damar Laut... ambik Jalan Nelayan 3 sebelah perkuburan ke kanan... tuju sampai hujung...
BalasPadamsalam,pancing siakap tu pakai umpan apa
BalasPadamsalam admin.chalet tu kire satu kple ke cmne ye?
BalasPadamchalet kemudahan kurang...cuma utk tido saja..tv xde ,cerek air xde..x sesuai utk bdk2...kaki pancing mmg sesuai
BalasPadamchalet kira satu mlm ..xde pakej sarapan ..makan luar kat batu 3 ..dekat 2 3 minit drive ...
BalasPadammangkaw ..huhuhu skrg dah 2018 ..siakap mogok..huhuhu
BalasPadamboleh dapatkan alamat dan nama chalet tak
BalasPadam