Dah lama KPAS tak turun mancing...bukan apa ...sejak jerebu melanda Malaysia ni...ramai kawan2 di KPAS bercuti memancing...ahli kpas yang ada orang rumah bukan main le senyum sampai ketelinga nyee, udah laki tak pg memancing..boleh lah pergi ke mydin ke ..tesco ke, Aeon ke...atau mana2 lagi lah..hehhee.
Gambar kawan teman ketika menghadapi Jerebu
Dok tengah menung depan rumah ditemani kawan teman yang dah popular tu tak lain tak bukan meor otai. Sebab apa kami panggil beliau popular ialah kerana pada satu ketika beliau pergi pasar minggu tiba-tiba ada orang datang minta salam sambil orang tu berkata kepada beliau ..ni meor otai kan?....heheheh...terkedu ketika itu meor otai..hehehehe..berbalik dari cerita dok tengah menung tadi, teringat satu cerita pancing kitaorang tahun lepas yang belum update lagi...
Cerita nya bergini..
Gambar kawan teman ketika menghadapi Jerebu
Dok tengah menung depan rumah ditemani kawan teman yang dah popular tu tak lain tak bukan meor otai. Sebab apa kami panggil beliau popular ialah kerana pada satu ketika beliau pergi pasar minggu tiba-tiba ada orang datang minta salam sambil orang tu berkata kepada beliau ..ni meor otai kan?....heheheh...terkedu ketika itu meor otai..hehehehe..berbalik dari cerita dok tengah menung tadi, teringat satu cerita pancing kitaorang tahun lepas yang belum update lagi...
Cerita nya bergini..
Satu trip memburu patin entah bila tarikh dah tak ingat, di satu lokasi di Kg Pisang telah diatur dengan bantuan GPS aidil (kena guna GPS kerana tempat tak pernah pergi). takut pun ada..maklum lah tak pernah pergi.Geng KPAS yang terdiri daripada Meor Otai, Laila, Aidil, Aizad dan Jin (kroll) bertolak ke lokasi seawal jam 8.00 pagi (dah tentu lah kami dah sarapan).
Kami tiba di lokasi jam 9.00 pagi. mangko dibuatnye port takde tempat berteduh. rentung le...biasa nye kalau dok kat tepi lombong ni boleh naik hitam muka dibuat nye kerana panas...
Aikk... sape yang dah set pancing....tanye meor... laila hanya tersenyum.... bana kamu laila(kata meor otai)... aizad baru nak bancuh umpan... rupanya laila telah membawa sendiri umpan beliau dari rumah... ramuan istimewa katenye...(itu memang perangai laila yang kuat berahsia) ehh jap...nama laila tu bukan perempuan tapi lelaki...ramai yang keliru disini kerana menyangkakan laila tu perempuan....hehehe
Masing-masing mula melontarkan umpan kedalam air... manakala laila telah menaikkan ikan pertama beliau (tiada gambar disini kerana ikan tersebut telah terlepas...dipercayai patin agaknya)hehhee
Kelihatan seorang brader berdekatan kami.. nk kata pancing, takde pancingnye... pancing yang terpacak tu aizad punya... apa yang beliau buat pun tak tahu... menikmati keindahan alam kot... tak pun ponteng kerja..ahh biarkan ...tak kacau orang tak pe..
Round 2, setelah 30minit umpan tidak diusik masing-masing menukar umpan..
Yang berdiri tercegat macam supervisor tu kita orang panggil dia jin, sebab bila korang gosok perut dia...akan berbunyi aemmmm..(angin keluar kut mulut..pasal tu kitaorang panggil jin...lagi satu bak makan..di champion..) ohh ya dia memang supervisor di sebuah kilang. Bak sikit roti canai tu meor...kate jin.. kamu berenang sampai seberang sana pastu patah balik baru aku bagi... kate Meor..
Otai tetap otai... meor adalah orang pertama menaikkan ikan nyet-nyet dan lampam
(laila tak dikira pasal dah terlepas hehehe)
(laila tak dikira pasal dah terlepas hehehe)
Lebih kurang 20 minit kemudian ,pancing aizad ditarik rakus menyebabkan semua terkejut.. pertarungan dengan ikan lebih kurang 10 minit dan akhirnya seekor patin anggaran 6kg berjaya didaratkan.... aizad berpegang pada falsafah lagi makin panjang batang pancing, makin besar ikan akan dapat... (cuba tengok batang pancing nye)hehehe
Ukuran standard KPAS.. kasut jin bersaiz 12...(tu salah satu lagi kenapa kami panggil dia jin)hehe
Ni kalau pertandingan orang panggil bol dimulut dan Marshall tak boleh cakap ikan beli di pasar he..he..he..
Umpan rahsia laila tetap tak menjadi...hehe
walaupun hasil tidak seberapa.. geng-geng KPAS berpuas hati dengan potensi port baru ni.. bak kate Meor otai... kite repeat lagi...
Update by : Aizad KPAS
mcm nak pergi menyelam je..^_^
BalasPadamkalo benda ni bawa p nyelam comfirm lemas :)
BalasPadamselesaka pakai alat ni...
BalasPadamTak Selesa langsung..hehhee
Padam