Rabu, 15 September 2010

Mencari ikan patin di lombong Siputeh jalan ke parit.


Taniah Din dgn patin angaran berat 7kg berjaya dinaikan setelah meor otai dan geng yang lain satu hari menunggu.
Cerita nya bermula disini,



SIPUTEH, memang tak terkenal pun,mungkin setengah pembaca disini pun tak pernah dengar..tp setelah dari satu mulut ke satu mulut hingga sampai lah ke telinga laila kpas dan dari mulut laila kpas hingga lah ke telinga meor otai, maka dari mulut otai hingga lah ke ahli yang lain..maka dengan tak membuang masa beberapa ahli kpas bersiap kesana bertempur dengan Patin, tongsan sisik halus dan ikan ara..jeng..jeng..jeng..bg mencari kesahihan cerita tersebut..diatas adalah gambar dimana lombong tersebut terletak..sebelah jalan menghala ke parit atau berhadapan perumahan awam siputeh...

Tengok lombong ni boleh tahan besar nya...tp yang mengkagumkan memang ternampak lombong ini ada ciri2 didiami ikan besar...sebenar nya gambar diatas nak tunjukkan ditengah2 lombong tu ada alunan ombak selepas ikan melompat...kemungkinan patin atau ara...

Meor Otai dan yang lain2 bersarapan pagi disebuah warong jalan bemban sebelum ke lombong siputeh..


Kelihatan aizad tekun mendengar teknik2 memancing yang diturunkan oleh meor otai...


Dilombong tersebut jugak terdapat sebuah pondok yang didirikan oleh orang taman perumahan siputeh...pondok ini didirikan bukan untuk pengunjung tp untuk kemudahan penduduk disitu..hehe

Meor dah tak sabar dah...

Budak2 taman berdekatan lombong disitu...pada mula nya air muka diaorang semua ni nampak mcm tak senang dengan kehadiran kami, maklum lah pot diaorang, oleh kerana sifat ramah meor otai ..maka budak2 ni pun cair, siap tunjuk pot lagi..hehe



Meor otai sabar menanti di khemah budak2 tu, Cuba tengok gambar diatas, khemah diatas adalah khemah budak2 tu...tp mereka sanggup duduk diluar dan bg meor otai yg duduk kerana menghormati sifat ramah meor..hhaaha..agak nya budak2 tu takut janggut meor otai tu kut...hehehe


Setelah menanti sekian lama...tunggu punya tunggu...tunggu lagi...dan tunggu lagi..sampai lah pukul 7pm...sekor ikan pun tak meragut umpan kami..tak tahu lah apa salah kali ni..yang berjaya menaikkan ikan kat situ ada lah budak2 tu dengan beberapa ekor ikan ara yang angaran berat 1kg aje..

Menurut kata budak2 kat situ, ikan kat sini memang besar2 tp hanya makan umpan pada waktu malam...

Kerana dah keletihan , maka kami mengambil keputusan balik saja.. kecuali din ( gambar diatas )..akhir nya beliau berjaya menaikkan beberapa ekor ikan patin dan menurut kata beliau semua nya 5 kg keatas..apabila mendengar kata beliau..maka kpas mengambil keputusan akan memancing diwaktu malam pada hari yang akan ditetapkan nanti..

memang betulle apa yang kami dengar..kat situ memang ada patin yang besar2 anggaran 5 hingga 15kg ( yang kami dengar ), Cuma dapat atau tidak itu bergantung pada skill memancing masing2,

bravodiokebasta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...