Memuatkan ...

I Follow

Ahad, 2009 November 08

Tongsan 5.4kg di lombong Bangla 7Nov2009


Meor MB lagi..kan aku dah kata dia giler pancing..hehe

Apa nak kata lagi kalau bukan Taniah kepada Meor MB kerana 10 min beradu tenaga Dengan Tongsan 5.4kg di lombong Bangla..memang kalau ikan di lombong lebih agresif kalau di bandingkan dengan ikan di kolam...

Tapi sayang nya,dengan berat 5.4kg sebenarnya dah mampu memecahkan tong KPAS tapi kerana kesilapan teknikal ketika sesi bergambar membuat ia diragui oleh KPAS yang lain (cuba tengok gambar diatas hanya gambar ikan saja tanpa gambar empunya diri,tp bila di kaji cincin di jari memang sah itu meor MB).Apa nak buat yope..peraturan tetap peraturan yope..lain kali pastikan bila sesi bergambar jangan lupa kasi muka dengan gigi nampak sekali..dan yg penting saksi...tanpa semua itu,bukan saja ahli KPAS yang meragui tapi Otai dari blog lain pun meragui jugak, betul tak..hahaha..takpe..tak kan habis ikan di air lagi..


Ha pandai pun ambil gambar..

Talapia merah adalah penutup acara meor memancing masa tu..ok le tu..

Temubual KPAS bersama Meor MB

KPAS : Apa perasaan bila KPAS tidak meluluskan Tongsan 5.4kg memecah kan tong KPAS?
Meor MB : Kecewa lah jugak..tapi nak buat mcm mana,Ni Melaun yang ambil gambar ni punya pasal lah..aku suruh ambil gambar semua yang di p ambil gambar ikan pasal apa..nanti kau melaun..tau lah aku nak ajar mcm mana

KPAS : Apa perasaan meor ketika beradu dengan ara dilombong Bangla?
Meor MB : time tu tak fikir apa dah cuma do fikir nak tendang laila KPAS dari tong KPAS no 2 tu..pasal dok rasa masa tarik tu dah agak 5kg keatas..

KPAS : apa en meor buat dengan ikan Tongsan tersebut?
meor MB : apa lagi hantar kedai tomyam le masak masam manis...fuuyoo memang best ..bila makan ingat kat P Ramlee dalam filem masam manis....hehe

KPAS : Soalan terakhir,Apa kah umpan yang en meor gunakan masa tu,Umpan muntah jin badang ke?
Meor MB : Takkkk...tak baik tu....kalau nak tahu saya mengunakan UMPAN YANG ARIF EDISI 2..hehehee..

Jumaat, 2009 November 06

Meor MB dengan haruan tasik 6Nov09 Banting


Sorry meor mb kerana update bisu tanpa kata2 kerana itu hari tak tahan dah nak pi mancing jelawat ikut meor otai,aizad,Epoy dan Aidil.

Balik cerita meor MB,Kalau dah giler mancing tu kira ok lah..jangan giler mental dah lah..meor mb memang bg org baru dalam KPAS tp penulis dan beberapa rakan yang lain memang dah lama kenal beliau ni..dia memang giler pancing..memang sesuai dia masuk KPAS kerana hari2 dia kacau penulis ajak p mancing..tp tak mampu le kerana kita bukan tahap giler mcm dier lagi..nanti bila dh sampai tahap mcm dier takut dier yang lari..hehehe meor MB ini ada satu kepakaran iaitu mehasil kan umpan yang bermutu tinggi dan membuat orang termuntah bila terbau umpan nya..agak2 nya dia dapat resipi umpan tu dari si jin si BADANG KUT..HEHE yg tolak pokok kayu balak sebelah tangan aje...hehe

atas desakan beliau,maka tersiar lah gambar beliau hari ni hasil trip beliau pada 6nov2009
.


( masa on the way balik sempat lagi singgah pancing haruan)pantang jumpa lubuk..
Apa2 pun,kalau betul dapat resipi jin badang tu bg lah sikit..aku dah lama mengidam nak pecah tong KPAS..

Selasa, 2009 November 03

Johan Pancing KPAS dimenangi oleh Meor MB dengan Patin 4.6kg 10min sebelum masa tamat - 1hbNov09


Taniah Kepada Meor MB atas kemenangan tempat Pertama dengan patin 4.6kg dan tempat ke 3 patin 3kg dan merebut gelaran Johan Pancing KPAS ranking Kebal,Dengan mengalahkan Eddie lanjut 10min sebelum masa tamat..

Meor membawa pulang hadiah tempat pertama rm80 ringgit dan ke tiga rm30 serta membawa gelaran CHAMPION PANCING KPAS MUSIM PERTAMA dan dengan berat 4.6kg jugak meor mb telah memecah tong KPAS no 5 yang diduduki oleh Arif..
.
Tempat kedua jatuh kepada Eddie Lanjut dengan Keli 3.2kg yang tewas kepada meor mb 10min
sahaja sebelum masa tamat..


Eddie membawa pulang Hadiah wang Tunai RM50 untuk tempat ke 2.
Karman membolot 2 hadiah misteri iaitu ikan paling ringan dan paling awal naik iaitu ikan Keli 400gram dengan menewas kan ikan paling kecil eddie lanjut 600gram.
Jadi lah Karman..beliau membawa pulang wang tunai rm5+rm5 = rm 10.

Antara ahli yang turut serta dalam cabaran kali ini ialah:

Dari kiri berdiri : Burn,Meor MB,Aizad,firdaus,aslam,eddie,Amoi,Arif


Duduk dari kiri : Laila,Karman,Aidil,Am


Yang Tak Nampak ( dah balik ) : Manjit,Rubin,member manjit,Tan and Family,Suami shima


KPAS ingin mengucapkan terima kasih kepada team kerana menjayakan pertandingan ini.Tidak lupa jugak kepada AGROFISH Chemor kerana menyediakan makanan dan minuman pada kami..dn tak lupa juga kepada syarikat fire force kerana sponser pertandingan ini.



Sketsa dalam 5 jam

Gimie menaikkan keli 400gram pada min ke 10
lanjut menaik kan pacu 2kg selepas 1.5jam
lanjut menaikkan keli 1.2kg tapi terlepas dari darat selepas 1.7jam
lanjut menaikkan keli 600gram selepas 1.8jam
amoi menaikan pacu 1kg selepas 2.2jam
arif menaikkan pacu 1.5kg selepas 2 jam
karman menjerit dan hasil telepas kerana mata street selepas 3 jam
lanjut menaikkan keli 3.2kg selepas 3.5jam
laila menaikan patin selepas 3.6jam 2.1kg
Meor MB menaikan patin 3kg selepas 3.8jam
Arif menaikkan ARA 1.5kg selepas 4.2jam
Meor MB Menaikkan PATIN 4.6kg selepas 4.8min
Temubual KPAS dengan Meor MB

KPAS: Taniah kejayaan anda,Apa perasaan anda?
Meor MB : seronok le..

KPAS : Boleh tahu apa rahsia umpan yang anda pakai?
Meor MB : kalau nak tahu,SAYA MENGUNAKAN UMPAN YANG ARIF EDISI 1.


anda banyak lagi gambar akan di update kemudian.

Jumaat, 2009 Oktober 30

Kolam Pancing Chemor Sukses diuji..Rohu 14ekor + 1 ekor Keli 29Oct09


Total weight 14.5kg Rohu dan Keli masuk Perangkap jaring Aizad dan Aidil.Dengan ini tamatlah pertikaian antara peserta dan Ahli KPAS tentang keupayaan kolam tersebut.

Umpan yang dipakai oleh aizad adalah umpan combination sendiri..dengan ini perlu diingatkan kepada peserta yang mengambil bahagian agar berjaga-jaga kerana bila sebut pancing bukan saja peralatan yang penting..paling utama adalah UMPAN NYA..kerana menurut aizad yang dah lama dalam arena pancing..umpan dedak biasa tak layan..tapi dengan combination dan sedikit campuran rahsia memang pantang letak..pasti ikan akan geletek tali pancing..

Diatas adalah hasil aizad dan aidil..

Kolam diatas menunggu dengan tenang kehadiran KPAS untuk bertempur bersama angkatan2 pangkat sarjan didalam air..
Apa lagi Yope..berasap machine..
Pertandingan mencari "JOHAN PANCING KPAS 2009 "ranking kebal dalam KPAS"


Temubual aizad dan KPAS

KPAS : Aizad,ok ke kolam yang anda pancing tu?
Aizad : Ok sangat..tapi dengan umpan saya lah.

KPAS : adakah ini bermaksud umpan yang lain tak boleh pakai?
Aizad : itu tak tau,terpulang pada kepakaran individu tersebut..

KPAS: apa kata aizad pada group KPAS yang lain ?
Aizad : Kita jumpa disana dan kita tengok...siapa yang johan pancing KPAS 2009 ranking kebal KPAS

Rabu, 2009 Oktober 21

Ho dengan Jelawat 1.5kg di Lombong Johan 20Oct2009


Taniah Ho...caya lah sama u..memang u seorang yang tidak putus asa..patut menjadi contoh pada ahli KPAS yang lain..kerana dengar cerita dah berbulan memburu jelawat tersebut di lombong Johan..akhir nya berjaya walau pun lama menanti...
Temu bual KPAS dengan Ho..
KPAS : Apa perasaan Ho bila berjaya akhir nya menaikkan jelawat di lombong Johan?
Ho : Puas Hati...
KPAS : Apa nasihat Ho pada ahli KPAS yang masih gagal menaikkan jelawat di lombong johan?
Ho : jangan cepat putus asa..pancing biasa lah..kadang2 ong kadang2 tidak...
KPAS : Apa umpan yang Ho pakai?
Ho : Oooohhh..senang saja...RAHSiAaaaaa..SSSsssss...Tapi kalau mau tau jugak tanya sama KARMAN..hahaha

Yang Pernah memecahkan Ranking KPAS

Champion ikan terberat KPAS Kini Adil Dengan ikan Patin 7kg (10Oct09)

Gimie Karman Pernah memecahkan ranking Tempat ke 3 dengan Mekong 5kg(3Oct09)

Arif Dengan Mekong 4.5kg dan ranking tempat ke 4 dipecah beliau pada (27sep09)

Laila Champion pertama dalam KPAS dengan ARA 5.5kg (8mar09) dan antara paling lama bertahan kedudukan selama 7 bulan sebelum aidil mengambil alih

Meor Otai Pernah duduk diranking ke3 dengan ikan Tongsan 3.8kg

Tan dengan siakap 3.8kg

Rakan KPAS

Zam batu Gajah dengan Ara 10.8kg..Batu 1 Batu gajah

Member banar dengan Patin 6kg

Kenangan Acara Pertandingan Pancing KPAS

Pertandingan Memancing KPAS 1Nov2009 di Agrofish chemor

Pertandingan memancing Udang di Gunung Mesah 31.05.09

Photo Perkahwinan Firdaus (Banar ) 17Oct2009

Acara memijak kaki pengantin