Rabu, 28 Mei 2014

Kami berpesta Menyiakap di Kampung Batu 3, Damar Laut...

  Kampung Batu 3 terletak di Damar Laut, Lumut, Perak dan Ianya merupakan sebuah perkampungan nelayan. Baru-baru ini ahli KPAS iaitu Aslam, eddie lanjut, adam, mat, ed, pak tam dan che nuar telah mencuba nasib memancing disana…asyik mancen lombong je..bosan kate deme… kami telah bertolak ke lokasi pada sebelah petang dan singgah di kampong setiawan untuk membeli umpan udang hidup. Memang menjadi kebiasaan geng KPAS membeli udang hidup disini sebelum pergi memancing disekitar lumut, segari dan kawasan sewaktu dengannya.

Lokasi yang di “pin” adalah tempat kami memancing. Terdapat 2 jeti pendaratan ikan di Kampung Batu 3…
Setibanya kami disana air telah pun pasang penuh.. gambo menunjukkan adam yang udah tak menyabo untuk membaling umpan.. settingnya amat mudah tali perambut 50lb + pelampung + udang idup.. target utama ikan disini adalah siakap. Pada sebelah petang hasil tidak memberangsangkan hanya ikan sembilang, bulan dan tanda yang sudi makan umpan.
Siakap mula rancak makan dalam jam 10.00 malam… ni dia siakap yang pertama.. banyak kali terlepas kerana rata-rata 1st time mancen siakap.. deme ingat mancen tilapia..selepas mendapat tunjuk ajar oleh seorang otai disana baru mau lekat.. caranya mudahnya.. apabila siakap mula makan biarkan dulu dan lepaskan tali beberapa saat.. dah betul confident ikan dah telan umpan baru sentapan dibuat.
Naik lagi.. ikan kedua.. selepas naik siakap no 2 ni…terus sunyi..yang sudi makan gemang dan gelama je.. apa hal tah le…
lepas jam 6.00 pagi baru mau makan balik siakap..
Tuuu…dia.. giliran Aslam pulak..
Adik aslam dengan siakap yang paling besar dalam trip ni…
Berkakat kesabaran adam beliau dapat juga naikkan siakap..
Macam biasa la sebelum bertolak pulang sesi bergambo dulu le…
Aslam dengan 2 ekor siakap beliau
Ni dia geng-geng yang sertai trip kali ini..
Antara hasil tangkapan terbaik trip. 

Temubual dengan Meor Otai KPAS

 KPAS : Bagaimana perasaan abang tengok deme dapat banyak siakap ni?
Meor : Abang dah agak dah deme diam selama ni mesti ade mancen mane-mane yang tak ngajak abang. KPAS: Jadi adakah abang akan pergi mancen tempat deme mancen?
Meor: itu le.. abang rase nak ajak Laila pergi sana nanti.

Adakah Meor Otai akan repeat untuk menyiakap….tungguuu….

INFO PANCING
Disini juga terdapat Chalet dengan kadar harga RM80 hingga RM200/malam. Terdapat jeti disediakan oleh pemilik chalet khas untuk para pemancing namun ianya dibuka dari jam 7.00pagi sehingga 7.00 malam dengan kadar bayaran RM3/joran. Hanya penyewa chalet yang dibenarkan memancing di jeti tersebut pada waktu malam.

Update by Aizad KPAS...

16 ulasan:

  1. Tanpa NamaMei 29, 2014

    salam perkenalan...boleh bg no phone chalet berminat nk p cni....

    BalasPadam
  2. Admin KPASMei 30, 2014

    No telofon sedang diusahakan..aritu pergi terjah je..lupa nak mintak contact tokei chalet

    BalasPadam
  3. salam tuan. boleh sy minta no tel chalet n maklumat utk ke lokasi ni tak tuan.mcm berminat la nak mancing disana

    BalasPadam
  4. best memancing ikan siakap

    Home blog anda ada disini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... kami dah link web tuan jugak disini..

      Padam
  5. Terima kasih... kami dah link web tuan jugak disini..

    BalasPadam
  6. yop!!! ni kg telaga nanas ke kampung batu3 ni...

    BalasPadam
  7. mcm ne aku xtau port tu best mancing siakap.rugi je 10 thn duk lumut

    BalasPadam
  8. Assalam Admin

    tahu tak apa nama chalet tu?

    BalasPadam
  9. simpang yg selekoh tu ke? menarik ni..x penah smpi lg..

    BalasPadam
  10. best tgk group ni memancing.. nanti sy nk try juga kat sini.

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaOgos 18, 2015

    Nelayan 3 Chalet namanya... masuk Kampung Damar Laut... ambik Jalan Nelayan 3 sebelah perkuburan ke kanan... tuju sampai hujung...

    BalasPadam
  12. salam,pancing siakap tu pakai umpan apa

    BalasPadam
  13. Tanpa NamaMac 05, 2016

    salam admin.chalet tu kire satu kple ke cmne ye?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...