Ahad, 16 Jun 2013

Ikan ini dikurung didalam plastic dengan sedikit oksigen..

Assalammualaikum dan salam 1 Dunia..hehee,macam 1 dunia baca update ni hehe, bermacam jenis ikan didalam photo dibawah ditangkap hidup2 dan dikurung didalam plastic dengan sedikit oxygen...jeng2X...bunyi macam kasar dan kejamkan? kenapa?

Update kali ini adalah berkenaan Jalan-Jalan cari ikan, bukan jalan2 cari ikan buat lauk..tapi untuk dijadi kan ikan hiasan, tak kira di kediaman, office, kerana ia sedikit sebanyak memberi kedamaian, ketenangan, mengurangkan stress, mencari ilham dan macam2 lagi feeling lah bagi pergema ikan hiasan didalam kotak kaca atau didalam aquarium. Gambar diatas adalah pandangan di sekitar jalan pasar.

Jalan Pasar yang terletak di Kuala Lumpur memang tidak asing lagi bagi peminat-peminat ikan hiasan. Di sini kome boleh dapatkan pelbagai jenis ikan hiasan yang dihajati dari jenis termahal iaitu Arowana/Kelisa sehinggalah ke ikan paling murah iaitu ikan DBI (ikan Bandaraya). Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan (boleh nego) dan kalo kome nak beli dengan harga murah boleh le datang pada sebelah petang (lelong). Bagi peminat kelah disini terdapat pelbagai jenis kelah antaranya Kelah Bara, Kelah Merah, Kelah emas dll ( pastikan betul-betul jangan terbeli tengas (deme panggil kelah hijau)
Ikan kelisa yang siap dibungkus untuk dijual pelbagai jenis antaranya Banjar Red, silver, pearl, yellow tail, HB dll.
Ikan yang dijual letak dalam besen je, kome boleh pilih dan sauk sendiri...
Assesori akuarium juga boleh didapati disini.
Lagi ikan kelisa..
Ikan laga/ betta pelbagai jenis antaranya half moon, crown tail dll, teringat masa kecik dulu, rajin cari ikan ni untuk lawan dengan kawan2 yang ada ikan laga jugak..sapa menang ikan dia jadi milik kita.yehhh...itu zaman kanak2. Tapi sebenarnya ia tak berakhir disitu, ada sahabat saya , masih meneruskan tradisi ini, ...itu nanti lah akan dicerita update akan datang...
Ikan kelisa...
Pelbagai jenis ikan sungai antaranya kelah, jelawat, temoleh, tengas dll tak payah kome susah2 nk cari kat sungai. Sebut jenis ikan diatas..adalah sejenis ikan yang mahal dan sodap bila dimakan, jadi hati2 lah bila bela ikan ni di aquarium..bukan apa takut bila ikan tu dah besar nanti tiba2 hilang...dan kita jumpa dalam periuk kat dapur rumah kita...hehehe faham2 aje lah...

Ikan salmon pun ade (bukan salmon tapi ikan sikang)
Ikan emas, kaloi sabah, koi, molly dll. (ikan ni tak sanggup nak makan..hehe)

Selain ikan hiasan disini juge deme jual anak-anak ikan rohu, baung, talapia merah, tongsan sisik halus, pacu dan macam2 lagi. Kesimpulannya kome cakap je ikan hiasan ape yg kome cari semua ade, cume kene pandai menawo. Biasa ikan jual ikut bungkusan cek betul-betul sebelum beli riso terbeli ikan dah jadi sup he..he..he... (ikan dah mati).

Update by Aizad KPAS dan tokok tambah by Laila KPAS (bravodieokebasta)

25 ulasan:

  1. wahhh...suka ikan yg kaler2 mcm tu =)

    BalasPadam
  2. AdminKPASJun 25, 2013

    Princess Momoy... kalau suka boleh la berkunjung ke Jalan Pasar harga gerenti lebih murah dari kedai akuarium.

    ZZ..terima kasih daun keladi.. kalau sudi singgah la sini lagihe..he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa NamaOgos 22, 2014

      Jln pasar 2 kt area mne ..kl 2

      Padam
    2. kat jalan pudu kan

      Padam
  3. Wah syiok

    BalasPadam
  4. No hp bro nak beli ikan kelisa

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaApril 09, 2014

    bro. dia ade jual ikan hiasan laut tak .. mcm ikan nemo dll ?? harap bls.

    BalasPadam
  6. ada jual akuarium cabinet dgn sump skali tak??

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaMei 21, 2014

    Tau x mne2 kedai area kl yg jual ikan nemo..

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJun 16, 2014

    aku tak jual ikan tapi tahu mana ada jual ikan nemo (ikan badut) area KL.. aku pun ada akuarium ikan laut dkt rumah.

    -faqih-
    email: fqh2all@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum
      Bg no fon boleh
      Nk sgt beli ikan nemo

      Padam
    2. Nemo kt mid valley ade..rm10 shj

      Padam
  9. Tanpa NamaJulai 05, 2014

    Asallammualaikum bang......abg jual ikan bnyak2 tu kat mne???nanti saye nk pergi sana....kt maneee yer Tempat tuuhhh??? Bal as LA cpt2 ... Kalau abg balas kompem saya beli 10 trus ikan Laga Yang abg jualll.... Balas yerrrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balas kat acc ni norhashimahothman50@gmail.com

      Padam
  10. Jalan nie dkat mne...jlan pasar kat malaysia nie...

    BalasPadam
  11. Jalan nie dkat mne...jlan pasar kat malaysia nie...

    BalasPadam
  12. ada sape2 nk beli x ikan kelisa tasik... area seri kembangan.. whatapp sy 0129718385

    BalasPadam
  13. ada sape2 nk beli x ikan kelisa tasik... area seri kembangan.. whatapp sy 0129718385

    BalasPadam
  14. nampak macam menarik tapi agak jauh dari tempat saya tak ada kesempatan nak melihat sendiri

    BalasPadam
  15. Pasar tu kat mana???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasar pudu kl

      Padam
  16. kedai nie beroperasi sampai pukul berapa?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...