Jumaat, 24 Januari 2014

Kedai Pancing Batu Gajah Perak

Rasenye kome semue dah tau Batu Gajah merupakan bandar yang banyak port-port mancing yang berpotensi. Sebut saje sungai, lombong dan kolam semua ade. Bagi yang tak biasa datang Batu Gajah ni admin nak cerita sikit kedai kedai-kedai pancing yang tersohor yang terdapat disini yangmana kome boleh dapatkan peralatan/umpan sebelum kome pergi memancing.


TCE Tackle (orang Batu Gajah panggil kedai Tomman) yang beralamat di Jalan Pandak Akhat, Taman Bunga Kenanga, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia. No telepon 05-366 9668. Kedai ni memang kedai favorite admin, macam-macam ada dari alat memancing sehinggalah ke peralatan outdoor. Biasa hujung tahun kedai ni ada buat promosi. Sebelah kedai ni ada kedai jual umpan ( kedai gemok ).


Ong Fishing.. kedai ni baru buka.. sebelah kedai Tce Tackle.. barang-barang tak banyak sangat. tapi setakat nak beli mata kail,pin dan batu ladung ada dijual dikedai ni.
Pusat Memancing Maxedge Strokers.. kedai ni juga antara kedai pancing lama di Batu Gajah. selain barangan pancing kedai ni juga ada jual umpan seperti dedak, cacing dan anak ikan keli. nak tahu port-port pancing terkini di Batu Gajah boleh tanye tokei kedai ni.

Kesemua kedai-kedai terletak di Jalan Pandak Akat, Batu Gajah. Masa admin jalan-jalan kat Pasaraya TF, admin perasan ada kedai pancing dalam TF sebelah kedai jual handfone. kalo terdesak kome boleh jugak pergi kedai tu.Lagi satu...malam pun dia buka.

Update by Aizad 


12 ulasan:

  1. Dekat kuching, semua kedai pancing dah lawat hehe..

    BalasPadam
  2. saya sedang mencari jala lama. ada jual tak?

    BalasPadam
  3. Sy nak cari Umpan Sotong jename Yamasita ade jual tak.

    BalasPadam
  4. Saya nak mencari umpan yang udang beras, ada jual tak?

    BalasPadam
  5. Saya sedang mencari jaring kosong saiz 030/6"inci kLo Ada Tolong message saya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...