Hari ni kita masuk kelas, topik kita kali ini ialah asal usul ikan Talapia.Tahu kah anda semua asal usul ikan talapia?
Ini ikan talapia merah, kalau anda memancing dapat ikan ini..jangan dibuang kerana ikan ni boleh dimakan..hehehe
Gambar diatas pulak ikan talapia hitam, yang ni popular dilombong...mudah dapat..pernah sekali penulis mancing pakai mata rambai, sekali pancing 3 dan kadang kala 4 ekor sekali dapat.
Gambar diatas adalah menunjukkan satu ketika dulu en meor tengah membahagikan hasil ikan talapia setelah selesai XTVT menjaring..klik disini untuk dengar cerita gambar diatas
Dengar cerita pulak ikan talapia merupakan ikan tangkapan yang penting di Afrika dan Levant. Dikatakan asal usul ikan ini adalah dari negara tersebut. Ikan Talapia Hitam (Oreochromis niloticus) merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.
Ikan talapia merupakan ikan ketiga penting dunia selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran 1,505,804 tan metric pada 2002. Merupakan projek akuakultur yang penting di negara-negara dengan iklim sederhana seperti ASEAN. Di zon sederhana, penternakan ikan talapia memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.
Di Taiwan ikan ini di panggil “Wu-Kuo”. Di pekenalkan dalam tahun 1946. Ikan Talapia di Taiwan adalah kacukan Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus. Merupakan ikan yang penting di dalam Taiwan untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kebanyakan ikan talapia di Taiwan di eksport ke Jepun dan Amerika.
Di China ikan talapia di panggil “Luofei”, berdasarkan dari nama asal ikan ini: Nil dan Afrika (niLUO dan FEIzhou dalam bahasa Cina)
Di Filipina, pada 11 Januari 2008 Lembah Cagayan dijadikan pusat talapia Filipina. Penternakan ikan di Filipina adalah sangat menggalakkan,ini adalah kerana ikan ini digunakan dengan banyak cara, goreng, panggang, sinigang(masakan Filipina) dan banyak lagi resipi untuk ikan ini. Malah terdapat anugerah penternak ikan talapia yang berjaya. Di Filipina ikan talapia disebut “pla-pla”.
Diatas adalah ikan talapia dibela dalam sangkar yang diusaha kan oleh Abg Chik
Diatas menunjukan Abg Chik (ahli KPAS) sedang memberi ikan talapia merah beliau makan.
Sesiapa yang yang ingin bertanya atau nasihat mengenai ternakan ini boleh menghubungi beliau
012 517 3943
Di negara jiran kita, Indonesia, ikan ini dikenali sebagai “ikan nila”. Diperkenalkan pada tahun 1969 dari Taiwan. Ada juga yang datang dari Thailand (Nila Citralada), Filipina (Nila GIFT) dan Jepun (Nila JICA). Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Indonesia turut menghasilkan spesies baru “genetically supermale Indonesian tilapia” (GESIT). GESIT akan mengeluarkan benih 98% - 100% ikan talapia jantan. Kelebihan ikan ini adalah monoseks iaitu boleh menghasilkan benih ikan tanpa perlu persenyawaan.
Di Amerika Syarikat, pengeluaran ikan talapia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2005. Penduduk dengan pendapatan rendah merupakan pembeli utama ikan talapia untuk mendapatkan makanan yang memenuhi keperluan diet mereka. Kebanyakan ikan talapia yang diternak di negara ini adalah dari spesies ikan talapia biru (Oreochromis aureus)
Di Arab Saudi, nama ikan talapia ialah “bolty”. Di Kenya dikenali dengan nama “ngege”.
Tengok! ikan ni memang terkenal dan famous..kadang kala jumpa ikan talapia ni di majis2 kenduri kahwin..
Ada teman jumpa pemancing ikan talapia ni di lombong batu gajah yang datang dari jauh seperti KL,Penang dan negeri2 lain...
Di ipoh seperti dipasar Malam, atau market diaorang jual dalam sepingan RM3-5
(yang dalam nya ada lebih kurang 5 ekor), sekarang ni dalam hypermarket pun dah ada ikan Talapia ni..
Ada teman jumpa pemancing ikan talapia ni di lombong batu gajah yang datang dari jauh seperti KL,Penang dan negeri2 lain...
Di ipoh seperti dipasar Malam, atau market diaorang jual dalam sepingan RM3-5
(yang dalam nya ada lebih kurang 5 ekor), sekarang ni dalam hypermarket pun dah ada ikan Talapia ni..
Akhir sekali, dibawah adalah beberapa gambar masakan ikan talapia untuk tatapan anda semua..
Setakat disini lah dulu, guru besar dah panggil nak pergi pasar ramadan, Sekian Terima kasih
Ikan air tawar menyehatkan, bergizi tinggi , apalagi hasil peternakan sendiri, bisa lebih terjamin kesehatannya
BalasPadambetul...
Padamsedapnya ikan *tetiba* hahahaha
BalasPadamheheehe
Padambesarnya ikan tu...tak habis makan hehe
BalasPadamhotlink satu
ya ke...tak pe makan ramai2.. :)
PadamNak bwk anak2 pegi mancing ikan talapia.kat mne tmpt yg best dan selesa
BalasPadamMANE NAK CARI INI IKAN HAAA...
BalasPadamMANE NAK CARI INI IKAN HAAA...
BalasPadamSelamat Siang guys, Masih Bingung Dan Ragu Pilih Agen Poker & DominoQQ Yang Terpercaya?
BalasPadamPIN BB : D61E3506
Whatsapp : +85598249684
L ine : Sinidomino
poker online