iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Jumaat, 12 Disember 2014

Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya

Ramai yang sedia maklum, Putrajaya memang terkenal dengan tasik-tasik buatan yang menggelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan tersebut. Air tasiknya sangat jernih dan bersih sehingga boleh dijadikan sebagai air minuman. Namun tasik-tasik tersebut tidak dibenarkan bagi sebarang aktiviti penangkapan ikan termasuklah memancing. Kompaun akan dikenankan kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut.
Walaubagaimanapun, pemancing berpeluang untuk menduga spesis-spesis gred A di Taman Rekreasi Air Wetland yang terletak di Presint 13. Spesies terbabit adalah patin, tongsan jelawat, kelah, toman lampam jawa, rohu, tebal sisik, sebarau dan baung yang semuanya penghuni asal tasik berkenaan dan saiznya dikatakan mencecah 10 hingga 15 kilogram (kg) dan hidup liar dalam tasik berkeluasan 76.8 hektar itu.
Kedudukan Taman Rekreasi Air Wetland dari Google Earth.
 
Kaunter pendaftaran bagi aktiviti disana termasuk memancing
Jadual harga bagi aktiviti disana. Bagi aktiviti memancing bayaran adalah RM20/hari/rod dan kadar bayaran sewa bot adalah RM20/4 jam.
Lokasi menancing sebelah kiri kaunter. Lokasi ini sesuai untuk memancing lampam & Tenggalan kerana ianya cetek.
 
Kelihatan anak toman sedang "boiling" ditengah tasik.
Gambar 6- Selain memancing aktiviti berkayak juga ada disini. Oleh sebabnya demikian jika berhajat untuk menduga spesis gred A elakkan datang pada hujung minggu dan hari pelepasan Am.
 
Aktiviti kayak boleh mnegakibatkan ikan gred A culas untuk memakan umpan.
Aksi pelancong dari China menarik ikan.
Pulau-pulau buatan ditengah tasik

Pemandangan lokasi memancing sebelah kanan kaunter. Lebih luas dan dalam.
 
Cara mudah untuk memancing lampam disini adalah dengan menggunakan rod telescopik @ baur.

Rod pantai juga boleh digunakan disini untuk lontaran yang jauh. Ikan gred A kebiasaannya akan berada dikawasan berhampiran pulau buatan.

umpan yang biasa digunakan disini adalah roti, pallet dan dedak. Bagi umpan ikan Temoleh, kelah dan Jelawat anda disarankan untuk menggunaka umpan sawit peram.
 
Update by : Aizad KPAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...