Rabu, 8 Ogos 2012

Nama2 Alat dan keperluan untuk memancing


Memilih alat pancing yang betul adalah salah satu faktor yang penting sebelum memulakan XTVT pancing.
Alat-alat dan bahan yang diperlukan dalam memancing adalah:

1.joran

Joran ada berbagai kategori dan jenis, semua bergantung pada jenis ikan yang hendak di pancing dan teknik memancing, ada panjang dan ada yang pendek. Joran ada jugak dipanggil casting,  jigging dan macam-macam lagi lah.
2.reel
Reel pancing juga ada berbagai jenis, mulai dari yang biasa kita pakai atau sebut iaitu spining reel seperti gambar diatas, ada jugak baitcasting reel. ia jugak bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing...kalau reel biasa (senang cakap murah le) kalau bawa kelaut...kena ikan layaran..tak sampai 1 min conform reel hancur...buat pertama kali memancing atau hendak membeli..tanya lah pada tauke kedai kerana mereka berpengalaman...

3.Tali pancing (nylon, dsb)


Biasa nya tali pancing bergantung pada size...dan ia jugak bergantung dimana anda hendak memancing..di lombong, di sungai, dikolam atau dilaut..(jangan pakai tali guni sudah)


4.mata kail


mata kail digunakan untuk mengkaitkan umpan, mata kail juga bergantung pada jenis ikan yang henda dipancing.


5.umpan

umpan yang umum kita gunakan biasanya cacing tanah, ulat daun, ulat bambu, katak,cengkerik, dan bancuhan tertentu (dedak).

6.Jaring Ikan

Akhir sekali bunjut tempat menyimpan ikan atau pun dipanggil jaring.(kalau dapat ikannya)..

TRRRrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiggggggggggggggggg....(bunyi loceng)

Baiklah murid2 loceng pun telah berbunyi..cikgu nak pergi kelas lain pulak lepas ni..nak mengajar bagaimana nak memancing ikan lampam pulak..

Bangun semua !!(ketua kelas)

TERIMA KASIH CIKGU (semua murid2 dikelas)

"Sama-sama murid2..duduk semua". ( kata cikgu tak bertauliah)..hhahahaa

11 ulasan:

  1. Salam Ramadhan

    lama tak memancing
    memancing masa kecik2 dulu
    guna pancing drp buluh aje...

    BalasPadam
  2. salam ramadhan atuk

    sama le kite...masa kecik2 pakai buluh jugak dan dapat jugak ikan...biasa masa tu dapat ikan puyu dan kadang kala ikan sepat..hehe..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih..biasa je tu..

      Padam
  4. umpan best, ikan pon best jgk tu..hoho..

    ---->> teringin nk g mancing nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betulll...nak pancing kena kenal pasti ikan apa dulu dan lepas tu umpan nya mesti terbaik...hehehe

      Padam
  5. lame x mancing ikan sungai o parit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan sungai sekarang dan mahal bro...lebih seronok kalau baling umpan ajer dah kena...asal baling umpan ajer dah kena..hehehe

      Padam
  6. Tanpa NamaJun 24, 2013

    siape biase area ipohh...mencri lbuk sebarau n tengas la

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kena tanya meor otai lahh..biasa nya dia lagi otai dari kami

      Padam
  7. Laman pancing : http://bigtacklebox.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...