iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Isnin, 24 Jun 2013

Peristiwa ikan raja masak 3 rasa oleh 3 keluarga..

Pada satu hari diwaktu petang sebelum senja, penulis baru balik kerja (brooommmmm....ini bunyi motor kerana teman naik motor), tiba2 teman suspen dalam jarak 100 meter dari rumah teman (tak jauh mana pun), teman terus berhenti...JENG2x
Beberapa jiran teman sedang berkumpul, kenapa? apa ke hal nya?ada masalah ke? hati teman bertanya..tanpa membuang masa, teman terus pulas minyak motor EX5 teman, belum sempat nak masuk gear 4, teman dah sampai(pasal 100meter bukannya jauh sangat)
Ingat kan apa, rupa2 nya diaorang tengah berbincang nak masak apa dengan ikan seperti dalam gambar diatas, 2 ekor ikan raja dan 4 ekor ikan talapia hasil pancing sahabat teman zam (pernah muncul dalam update KPAS yang lepas menceritakan dia pancing 3malam 4hari, sekor ikan pun tak naik..akhirnya dia mengambil keputusan panah ikan dalam lombong tu ..hehe klik disini kalau nak tahu update tu)..kali ni dia pancing mengena pulak..(mungkin ikan kat situ dah takut kena panah kut ..dari pada banyak terkorban baik kita makan ajer umpan dia tu (kata penghulu ikan didalam lombong tu)...hahhaa..

 Bincang punya bincang, akhir keputusan telah diambil, ikan tersebut bawa ke kedai tomyam dan kita morey disana..habis cerita..tak payah penat2 menyiang, goreng, Hoooreeeyyyy....yang horey tu bukan orang lelaki tapi kaum suri rumah..hahaha..cuti masak le..
Setelah sampai dikedai tomyam berdekatan Batu Gajah, kedai tepi jalan sebelum sampai clear water, ada pokok rambu rambai kedai nya (orang area sana dah tentu tahu), kedai ni menjadi pilihan kami kerana sos 3 rasanya lain dari yang lain kalau dibandingkan dengan ditempat lain, lebih sedap. Diatas adalah nasi dengan ikan Talapia yang punya lah tebal isinya...(tak sabar dah ni..)
Gambar diatas adalah ikan raja masak 3 rasa (tengok kuah nya, belum rasa lagi), Ikan terpaksa dibelah dua kerana terlalu besar...rasanya...macam, masin, manis...nama pun 3 rasa..hehehe
Ini adalah sambungan...kalau tadi ekor...ini pulak kepala nya..korang bayang kan ada lagi sekor macam ni.
gambar diatas pulak adalah ikan talapia masak Halia...Rasanya jangan cakap lah...siapa makan pastu euunnn (bunyi Sedawa)..hehee
Ini Keluarga Fadhil dan isteri..yang mencetus idea untuk masak dikedai tomyam..
Ini lah en Zam kita, ketakutan ikan dilombong batu gajah kerana takut kena panah oleh beliau....beliau sedang sibuk melayan FB bersama perminat agak nya..hehehe
Tomyam tak dilupakam..kelihatan jugak ..kelihatan disebelah zam adik liyana dan fiona
Sayur kailan ikan masin tak dilupakan...
Keluarga Ros..
Kelaurga Zam dan anak
Ini lah rupa nya bila dah habis dimakan ...tinggal tulang ajerr..

Ehh lupa pulak nak semawa...jemput semua makan...(sorry dah habis baru nak jemput)

Bravodiokebasta....

7 ulasan:

  1. rajin mike cho....awok tau mane kedai ni... maklumle...Pengkalan Pegoh dengan Batu Gajah dekat je punnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ke awok..itulah teman dah kabo..orang area kat sini tentu tahu tempat ni..awok ni memang kaki jalan cari makan ye..tengok dinding kedai terus dapat tangkap..:)

      Padam
    2. org pengkalan ke bro?.. sy dulu dok pengkalan pegoh gak. jalan merak. skarang dh pindah.

      Padam
  2. Assalamualaikum

    Alhamdulillah
    habis tu...tanda sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamuailaikum atuk,

      ya betul tu atuk...sedap..hehe

      Padam
  3. makan puas2... selamat perpuasa hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih,selamat berpuasa jugak ... :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...