Ahad, 29 Julai 2012

Jalan2 cari ikan di Kota Kinabalu, Sabah

Baru-baru ini ahli KPAS iaitu Aizad berkesempatan berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah. "Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi"....eh silap perumpamaan pulak..."Bukan ahli KPAS la jika tidak mencari ikan" ini perumpamaan yang sesuai digunakan he..he..he.. Asyik tengok ikan kat tempat kita je, jom tengok ikan di tempat orang pulak..

Inilah mercu tanda Bandar Kota Kinabalu..Ikan Layaran... ikan ni dulu dikatakan disumpah oleh ibu si tanggang tu pasal jadi batu...he..he..he.. melawak je...

Pagi-pagi elok pergi Pasar Basah dan lihat spesis-spesis ikan yang terdapat disini. seawal jam 600 pagi matahari sudahpun terbit disini (subuh jam 430 pagi jangan terlajak kome bulan puasa ni).
antara ikan-ikan yang dijual...
ikan-ikan yang dijual disini segar-segar..tak percaya tengok gambar diatas ikan cuba menyembunyi dan larikan diri ketika ambil gambar he..he..he..
ikan GT yang dijual..susah nak cari kat pasar semenanjung..
UJI RASHID.....bukan nama awek tu..tapi orang tempatan panggil ikan warna merah tu Uji Rashid..ha..ha..ha
Aizad sempat bergambar dengan ikan Yellow Fin Tuna.. kat semenanjung mane ade yop....
Lepas pergi Pasar basah, singgah pulak ke Pasar Ikan Masin...

Pada sebelah malam pulak boleh pergi ke Pasar Philipine untuk tengok ikan-ikan yang kena bakar (Ikan Bakar). Kalau nak makan kat tempat ni kena hati-hati, jika tidak anda akan sakit dibuat orang. (cerit birit kerana makan ikan tak berapa masak ha..ha..ha..)
Lobster.. seko RM90.. nasib takde tempoyak je..kalo tak..kene gulai tempoyak dah menatang ni..
Antara spesis-spesis yang kene bako..kat sini kne pandai tawar menawar..kalo tak kene ketok le kome .. deme tahu kome orang luor..
Ikan merah (RM18) dan tuna slice (RM10) menjadi santapan aizad..murah je kome..

sebut pasal harga ikan di Kota Kinabalu, harga ikannya amatlah murah kalo ikan kembung sekilo baru RM2, sotong besar baru RM7/kg, udang belas-belas ringgit sekilo dan mengejutkan ikan tuna sirip kuning (yellow fin tuna) RM8/kg...tapi jangan terkejut jika selepas masak harganya boleh jadi 2,3 kali ganda..di kedai makan..


Update by : Aizad KPAS

10 ulasan:

  1. Ziarah malam..tuna is the best.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. ikan yang mana satu besar, yang dah jadi batu ke atau yang dipegang?hehe

      Padam
  3. Dulu akak ada ambil gambar ikan ini,tapi tak ingat save dimana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke kak mah, tak pe kak mah boleh ambil gambar kat atas kalau kak mah nak..hehe

      Padam
  4. saya kenal ikan itu..eheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. bah, mestilah kenal, dah dania Eryati tinggal disabah...hheeee

      Padam
  5. Matra VoltaOgos 02, 2012

    Best la Sabah rasa mahu ke sana jak.. thanks banyak info.

    BalasPadam
  6. nak buat trip memancing kat pulau-pulau di semporna??..try la website ni...http://www.arunghayat.yolasite.com/..banyak pakej yang ditawarkan dengan harga termurah..yang penting ada kapal untuk bawa trip memancing di celebes sea...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...