Sabtu, 10 Mei 2014

Kegembiraan kami diganggu dengan seekor BIAWAK!!


Telah lama rasanya KPAS telah menyepi dalam arena pancing lombong. Oleh sebab yang demikian satu trip singkat telah dirancang untuk memburu spesis rohu liar di sekitar Tanjung Tualang, Perak. Ahli-ahli KPAS yang terlibat dalam trip kali ini adalah Laila, Aizad dan Pakcik Nizam ( bapa Aizad ). Tempat ini jugalah pancing Meor KPAS telah menjadi TUKUNNN....di sentap oleh spesis didalam air.. x sampai 60 secs....hehehehe
(gambar diatas dari sumber )

 
Antara kelengkapan yang digunakan. Disarankan untuk menggunakan set medium heavy kerana lombong tersebut banyak kayu mati/reba/bangko.. senang sikit nak kontrol ikan.. 
Inilah padang pancing yang menjadi pot terbaik kiteorang..
Petak merah menunjukkan kawasan sangkut.. reba ... kome kene kayuh kekili laju-laju kalo idak leboh mata kail jadi tukun kerane tersangkut reba/bangko dibawah..
Umpan yang digunakan sangat simple... dedak ayam kuning dan serbuk pandan omega
Untuk naikan bau tambah pati pandan.. boleh dibeli di kedai kek
kawasan memancing tiada pokok, jadi panas jangan dikenang lerr.. hangat pijo dan hitam legam dibuatnye...payung diatas untuk orang tak tahan panas,,hehehe  
kawasan sasaran..kawasan legar En rohu dan kenkawan.. Teknik yang digunakan semasa trip ini adalah pancing dasar menggunakan mata bom.. boleh juga menggunakan pelampung jika tiada angin dan air tenang..
Hasil setelah menungu selama setengah jam... nyaris pancing trobang dibuatnye.. maklum le.. gune pancang kayu je..
Pakcik Nizam juga teruja untuk bergambar dengan Rohu yang berjaya dipancing oleh anak beliau.
Selepas dapat seekor rohu hujan sampai kesudah.. nasib kereta di parking dekat dengan lombong boleh juge berteduh di dalam kereta.. kalau tidak ... kuyup ler jawab nyerr...
TAKDE REZEKI...selepas hujan berhenti..cadang nak ambil rohu yang diikat digigi air untuk disiang, namun En Rohu telah dikokak oleh seekor bewak.. h*%$#m J*#*#h punye bewak.. mujur ada talapia 4,5 eko...
kelihatan pemancing lain setia menunggu walaupun udah basah kuyop...

Kami pulang dengan sedikit kehampaan kerana mengenang kan Biawak punyak...habis rohu teman...nasib baik ada talapia...ada pengubat sikit dan lesen untuk orang rumah...heheehe..

Dan dipercayaii ..pot ini ikan2 rohu nya banyak menganas...dah banyak kes kat sini telah berlaku....ade pancing dah terbang, tali putus....mata kail jadi stret... batang pancing patah..dan macam2 lagi lah....kami akan kembali lagi ke pot ini..bukan saja memburu rohu..tapi memburu seekor BIAWAK yang mencuri rohu kami..ahahahaaa...

update by aizad n laila KPAS

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...