Lanjutan Trip Besut pada tahun 2011, Kelab Pancing Apa saja (KPAS) dijemput menyertai Trip Besut Edisi 1/2012 yang dianjurkan oleh BlackSheep Sport Fishing Club (BSSFC). Seramai 10 orang ahli telah menyertai trip ini termasuk seorang ahli tunggal KPAS iaitu Aizad. Kami bertolak agak lewat lebih kurang jam 1400hrs dari Jeti Nelayan Kuala Besut.
Peralatan yang menjadi pertaruhan Aizad untuk Trip kali ini.
Hello 2X..hang nak ikan berapa kilo..ikan masin boleh..kata Bro baju kuning..hehe
Tekong memberi sedikit tunjuk ajak bagaimana mengendalikan bot, menurut beliau kelajuan maxima bot ini adalah 70knot/jam. Tuil sebelah kiri tu kira cam pedal minyak la (foward & reverse) dan yang belah kanan untuk pam air. Bot ini menggunakan enjin lori yang berharga (harga enjin saja RM25,000.00 tahun 1997)
Tiba di lokasi pertama pada jam 2000hrs ( setelah 6 jam perjalanan). Di lokasi pertama semua mencandat sotong untuk dijadikan umpan hidup. Nak tau saiz sotongnya, tunggu gambar seterusnya. aktiviti memancing diteruskan setelah mendapat umpan sotong hidup yang mencukupi. Hasil tangkapan pada sebelah malam agak lumayan antaranya Cermin, Alu-alu, Cupak. Tekong bagi tau supaya simpan umpan hidup sedikit untuk pancing Jemuduk pada belah pagi.
Masa malam memang tak nampak apa tengah laut ni..pagi-pagi bangun rupa-rupanya dekat ngan Pulau Pokok Nan Sebatang ( tak tahu nama sebenar pulau tersebut he..he..he..)
Inilah hasil ikan Cupak yang dipancing pada waktu malam.
Lihat, bot ini mempunyai lampu untuk mencandat sotong. menurut tekong kuasa elektrik yang digunakan adalah bersamaan kuasa elektrik yang digunakan untuk 3 buah kampung.
ikan-ikan yang dipancing disimpan di bilik ais bot.
Inilah antara hasil tangkapan untuk Trip kali ini. Sotong 100KG....
Tekong cakap harga ikan dalam kotak kayu ni aje... RM500.00
Tiba di Jeti Nelayan dan menunggu awak-awak mengeluarkan ikan.
Proses membahagikan ikan dan sotong.
HASIL YANG DIPEROLEHI
Cupak
Alu-alu @ Kacang
Cermin
Jemuduk
Ketegori ikan campuran pari,bayan dan Telinga Gajah
Nah...ni dia sotong goreng tepung...eh silap..belum goreng lagi..
Ni lah gambo cameraman dengan hasil tangkapan terbaik peribadi beliau Jemuduk 4.2KG. Menurut Aizad gambar tak dapat diambil live atas bot sebab dia guana handphone je..risau masuk laut...
Kesimpulan Trip kali ini boleh dikatakan Suksess.. dengan hasil tangkapan banyak ikan-ikan gred A berbanding dengan Trip yang lepas. Nantikan update seterusnya Trip Rompin 2012... adakah Cameraman (Aizad) mampu menaikan Ikan Layaran di luar musimnya...Tunggu.....
Update by Aizad KPAS
Assalamualaikum
BalasPadamhasil yg lumayan
salam atuk
PadamRezeki :)