Rabu, 8 Julai 2009

Bermandikan peluh di lokasi jajahan kecil kg gajah - balasannya Jelawat dan Rohu - yang terlepasss Kaloi dan toman - 5hb July 2009

kalau dah minat memancing tu tak kira malam, siang, hujan, ribut, Panas dan apa saja..yang penting kepuasan memancing tu..
itu lah yang berlaku kepada
Aizad
Am
Meor
Abg Din and Group Cikgu
Bermandikan peluh kerana panas melampau di Lokasi jajahan kecil Kg Gajah..
Pot Memang cantik ...sekali pandang macam kat tepi pantai...tapi dua kali pandang conform kat tepi lombong...hahaha..dengan kepanasan melampau dan kekurangan angin bertiup memang menguji kesabaran..kalau bukan terpahat kat dada tu kaki pancing dah lama blah dah...

Am dengan hasil ikan Jelawat ( 1.3 kg paling berat beliau dapat )
Berginilah keadaan nya..kan betul aku cakap sekali pandang mcm kat tepi pantai..
Siapa lagi, kalau bukan aizad dengan Rohu 3.2kg
Lain pulak kesudahan bagi abg din apabila tali pancing beliau putus dibantai Kaloi setelah 13mins melayan (berat tak dapat di jangka)..sabar abg Din..takpe ramai lagi menanti untuk ikan kaloi tu..untung2 kalau dapat tulang dia boleh tanam,silap2 nanti tumbuh pokok boleh ramai2 naik buai...hehe..( teringat cerita dulu2 bawang putih bawang merah )
Tempat ni kami akan repeat lagi dengan ahli yang lebih ramai...

1 ulasan:

  1. wei bro, aku nak join jadi ahli boleh? ye la, aku pun banyak tak tahu pasl mancing ni, leh la kongsi2 idea kan...geram aku tengok korang dapat ikan bro,memang world beb...huhuhuh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...