Selasa, 3 November 2009

Johan Pancing KPAS dimenangi oleh Meor MB dengan Patin 4.6kg 10min sebelum masa tamat - 1hbNov09

Taniah Kepada Meor MB atas kemenangan tempat Pertama dengan patin 4.6kg dan tempat ke 3 patin 3kg dan merebut gelaran Johan Pancing KPAS ranking Kebal,Dengan mengalahkan Eddie lanjut 10min sebelum masa tamat..

Meor membawa pulang hadiah tempat pertama rm80 ringgit dan ke tiga rm30 serta membawa gelaran CHAMPION PANCING KPAS MUSIM PERTAMA dan dengan berat 4.6kg jugak meor mb telah memecah tong KPAS no 5 yang diduduki oleh Arif..
.
Tempat kedua jatuh kepada Eddie Lanjut dengan Keli 3.2kg yang tewas kepada meor mb 10min
sahaja sebelum masa tamat..

Eddie membawa pulang Hadiah wang Tunai RM50 untuk tempat ke 2.
Karman membolot 2 hadiah misteri iaitu ikan paling ringan dan paling awal naik iaitu ikan Keli 400gram dengan menewas kan ikan paling kecil eddie lanjut 600gram.
Jadi lah Karman..beliau membawa pulang wang tunai rm5+rm5 = rm 10.
Antara ahli yang turut serta dalam cabaran kali ini ialah:

Dari kiri berdiri : Burn,Meor MB,Aizad,firdaus,aslam,eddie,Amoi,Arif

Duduk dari kiri : Laila,Karman,Aidil,Am

Yang Tak Nampak ( dah balik ) : Manjit,Rubin,member manjit,Tan and Family,Suami shima

KPAS ingin mengucapkan terima kasih kepada team kerana menjayakan pertandingan ini.Tidak lupa jugak kepada AGROFISH Chemor kerana menyediakan makanan dan minuman pada kami..dn tak lupa juga kepada syarikat fire force kerana sponser pertandingan ini.



Sketsa dalam 5 jam

Gimie menaikkan keli 400gram pada min ke 10
lanjut menaik kan pacu 2kg selepas 1.5jam
lanjut menaikkan keli 1.2kg tapi terlepas dari darat selepas 1.7jam
lanjut menaikkan keli 600gram selepas 1.8jam
amoi menaikan pacu 1kg selepas 2.2jam
arif menaikkan pacu 1.5kg selepas 2 jam
karman menjerit dan hasil telepas kerana mata street selepas 3 jam
lanjut menaikkan keli 3.2kg selepas 3.5jam
laila menaikan patin selepas 3.6jam 2.1kg
Meor MB menaikan patin 3kg selepas 3.8jam
Arif menaikkan ARA 1.5kg selepas 4.2jam
Meor MB Menaikkan PATIN 4.6kg selepas 4.8min
Temubual KPAS dengan Meor MB

KPAS: Taniah kejayaan anda,Apa perasaan anda?
Meor MB : seronok le..

KPAS : Boleh tahu apa rahsia umpan yang anda pakai?
Meor MB : kalau nak tahu,SAYA MENGUNAKAN UMPAN YANG ARIF EDISI 1.


anda banyak lagi gambar akan di update kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...