Memuatkan ...

iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh iklan 1oct2013 - 1oct2014 Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Hubungi Dira 016 549 2627 Tempoh 2Jun2013 - 2dec2013, Info : Hubungi Dira 016 549 2627 Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Isnin, 7 Disember 2009

Ubi Kayu menjadi santapan Jelawat Lombong Johan - 5Dec09

Korang Memang dashat le, sampai habis ubi kayu si semah korang balun buat umpan santapan jelawat..ikan jelawat juga setengah mengelarkan nya ikan sultan, Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii, spesis ni memang susah nak dapat, tapi kalau Ikan DBI bersepah kat lombong bangla..naik meluat rasanya..asal pancing aje DBI..pancing aje DBI..kat KPAS ada sorang paling banyak atau boleh digelarkan sebagai champion ikan DBI, kalau dia ada penuh bersepah ikan DBI, kalau si mamat tu memang jenis spesis ikan DBI juga, dah lama KPAS kahwin kan dia..sapa mamat tu kita fikir2 lah sendiri..

Balik Cerita jelawat, Jelawat kat lombong johan ada time makan, kadang2 ada orang mancing kat situ tak balik rumah kerana nak dapatkan ikan jelawat buat pekasam ( kalau ada nak rasa pekena ikan pekasam jelawat contact tauke umpan yang arif, rasa2 nya dia ada contact burn KPAS kerana Burn ada ambil contact mamat tu ). si Aizad dan Aidil ni belum sampai tahap tu sampai tak nak balik rumah, pasal diaorang tau kalau sampai tahap tu abis kain baju siap dengan berus gigi mak diaorang hantar suruh duk berkampung kat lombong tu jangan balik2..hahahaha..jgn mare bro gua gurau saja...hehehe..( tak boleh dibayang kan )
Aidil banyak kali pergi dah, tapi semedang balik tangan kosong. bukan tak dapat ikan, dapat tu dapat tapi tak sangup mak dia nak siang kerana ikan DBI. oleh kerana geram dan panas beliau tanpa fikir panjang terus membawa pancing pusaka tanpa pengetahuan orang tua nya..kerana sumpahan yang ada pada pancing tu sekor DBI pun tak naik..yang naik Jelawat 1.++kg..orait lah tu..
Buat pengetahuan korang selipar tu bukan dari hasil pancing, selipar tu aizad punya..dia nak bukti kan pada karman yang beliau memang dapat jelawat, selipar tu saja ikut orang dulu2 atau otai2 untuk menyukat saiz ikan.. ..( jangan selipar tu korang buat gulai sekali dah le..hehe )
Yang turut serta pagi itu adalah
aizad - 2 ekor jelawat ( 2kg )
Aidil - 1 ekor jelawat ( 1++kg)
Temubual KPAS dengan Aizad dan aidil
KPAS : macam mana rasanya setelah berhempas pulas berentap dengan jelawat en aizad?
Aizad : Memang lain dari yang lain ikan jelawat bila nak naikkan...energy nya fuyoo mcm..tak boleh digambar kan..
KPAS : adakah en aizad berpuas hati dengan hasil kali ni dan dimana en aizad dapat petua umpan ubi ni?
Aizad : Memang puas hati sebab memang ini yang di idamkan selama ini, petua umpan ubi dah tentu lah pakar umpan kita yang Arif..
KPAS : En aidil..bagaimana perasaan nya bila akhirnya berjaya menaikkan jelawat?
Aidil : aduhhhhh yang engkau pi cerita aku pakai pancing pusaka apsal, nanti kalau bapak aku baca blog ni kantoi aku....tak pasal2 aku kena gantung lesen pancing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...