Selasa, 1 Disember 2009

biar daku terbakar disuluh mentari terik namun ku tetap tersenyum dengan hasilku..Bakar dengan PACU dan Rohu Di Tanjung

Conform aku balik karang bini aku tak bising kerana aku balik bawa lauk..hehehe..mungkin itu yang terdetik dihati bakar disebalik senyuman menawan nya....
Syabas bakar atau nama manja Burn...bukan apa,sudah berkali-kali beliau turun untuk memancing tetapi gagal..bukan setakad tak dapat ikan, umpan beliau pun ikan tak hingin..tapi satu yang boleh di respect kat bakar ni ialah beliau tetap cool dan tersenyum walau pun tak naik ikan..
ikan yang berjaya dinaikkan bakar ialah:
1) Ara 1kg 1 ekor
2) Pacu 1.5kg 3 ekor
Ahli yang turut serta time tu :
1) Laila - 1 ekor Pacu
2) Arif - 2 Ekor Pacu
3) Karman - 0
4) Meor MB - 1 ekor Ara
Temubual KPAS dengan Burn atau Bakar
KPAS : Apa perasaan Burn bila dapat tarik ikan?
Burn : Apa ke soalan tanya, Tentu lah seronok..
KPAS : ok2 sorry, kenapa dulu burn mancing tak pernah dapat ikan kali ni dapat?adakah pakai muntah si badang yang meor MB bawa ke?
Burn : ehhhh tidak..nanti dulu..saya ingin mengambil kesempatan mengucap kan terima kasih kepada keluarga saya yang merestui dan mempercayai saya pergi memancing, tak lupa jugak kepada karman kerana sudi menumpang kan saya untuk sampai kesini..paling tak lupa ialah UMPAN YANG ARIF EDISI 1 le...hehe..tanpa korang tak mungkin saya disini..selamat tinggal dedak ayam...dann tak lupak tok s...

*Penerbit KPAS terus blah sebelum burn habis bercakap...*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...