Isnin, 23 Ogos 2010

jom kita tambah jerawat dgn kenduri pancing IKAN JELAWAT.

Terlebih dahulu kpas ingin mengucapkan terima kasih kepada PPPNP kerana membenarkan ahli kpas memancing pot rahsia mereka memancing ikan jelawat..huyoo memang best giler di tambah di bulan ramadhan ni..


sabtu yang lepas kpas telah diundang oleh warga PPPNP untuk bersama mereka memancing jelawat..memang tak sangka ditengah-tengah ladang kelapa sawit milik mereka terdapat lombong yang jarang oleh orang lain memancing disitu kecuali warga PPPNP..gambar diatas menunjukkan ahli kpas mencari umpan utama ikan jelawat iaitu buah kelapa sawit yg ranum dan sudah lembik.

Tanpa disedari oleh meor otai gambar beliau telah diambil disebalik daun kelapa sawit..hehe

meor otai kelihatan berdebar, bukan apa takut kena ranjau...hehe..sebab beliau pernah kena ranjau ..haha..

Tengok muka aidil dah timbul jerawat..nanti lepas pancing akan bertambah lah lg gunung berapi beliau..hehehe..tak sabar tu campur dgn lapar tu..hehe

Ahli PPPNP sempat menunjukkan kepada ahli kpas bagaimana teknik menangkap kumbang dari merosakkan buah kelapa sawit..maaf tak tangkap gambar apa dalam baldi tu..bukan apa..takde kumbang pun..hehe

Ni dia..didepan kami ahli PPPNP menunjukkan jalan ke lombong rahsia tersebut..

Aduhh dah nampak dah lombong tu..betul le ada lombong..ni buat tak sabar ni..

terpaksa jalan kaki kerana kereta x boleh masuk jalan pasir terlalu tebal kesana..

Ehh betullah..tak sampai 5 minit dah berjaya naikkan jelawat yg saiz boleh tahan untuk buat pangang berbuka karang..

Meor dan aidil kerisauan kerana orang lain dah naik..diaorang dah 30 min sekor pun x de lagi..sabarrr...jgn marah nanti batal puasa x pasal2 minum air lombong tu..hehe

ini sebenar nya ikan jelawat yang ke 15 sebenar nya...sebelum tu x sempat ambil gambar kerana semua machine x henti2 menjerit..priiiitttttttttttttt

Sebenar nya yang hadir memancing masa time tu memang ramai..lebih kurang 21 orang..ikan kat sini semua jelawat...dan byk ahli ketika memancing putus tali...aduhh..ni memang buat geram..ikan jelawat kat lombong tu mak datuk banyaknyaaaa....besor2 pulak tu..x pe..kpas pasti akan repeat lepas raya ni..itu pun selepas mendapat lampu hijau pegawai disitu..

kalau ikutkkan berpuluh gambar dah diambil...tetapi semua ahli time tu sayang hp kerana x nak kena minyak kelapa sawit...hehe..maklum lah bermandikan minyak buah kelapa sawit katakan time tu..

ahli kpas
meor = 10 ekor jelawat
Aidil = 3 ekor jelawat
laila = 1 ekor aje

Ahli PPPNP
rata2 semua bawa balik ikan..dikumpul kan 1 setengah guni baja pokok kelapa sawit

berat ikan dibawa pulang anggaran 800gram - 3kg ) ada yg putus, lucut, terlepas, itu conform bapa2 atau ibu2 jelawat..yang kecil kami lepas kan kembali..maklum lah dah dapat yang big size..kalau x kecik 2 jari pun kami balun..hehehe..bukan apa nak buat lesen bila balik rumah krg..bulan puasa pulak tu..tak nak org rumah fikir lain pulak bulan2 puasa ni ( faham2 aje lah )

Lagi sekali, KPAS mengucapkan terima kasih kepada PPPNP, kami memang terhibur sampai rasa tak mau balik.....hehehe

Nota : Demi menghormati permintaan ahli PPPNP port ikan jelawat tersebut terpaksa dirahsiakan...maaf..

bravodiokebasta...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...