Jumaat, 3 September 2010

Ahli KPAS memancing lagi pot jelawat dengan keizinan PPPNP..


Wahh korang ni rajin benor pergi pot jelawat tu ye...ade ape2 ke...bulan puasa pulak tu..hehehe..tahan ke berpanas tu? hahaha..jgn marah nanti batal puasa korang pulak hehe..sebenarnya mereka berpuasa kerana penulis pun ada disana..

Kerana tidak berpuas hati memancing pot ni pada tempoh hari, maka ahli kpas menyusun strategi dan persiapan untuk memancing jelawat, antara nya :

1)Memeram umpah selama seminggu
2)Menukar teknik perambut batu dibawah dan mata tergantung
3)Menukar tali lebih kuat lagi ( kerana banyak yang lucut dan putus tempoh hari )
4)Epoy sempat membeli machine baru dengan nilai rm400 keatas..( hehe jelawat punya pasal le tu )


Setelah mendapat keizinan dari Warga PPPNP maka pagi2 lagi kami sudah bergerak kesana.
Kami sampai disana lebih kurang 8.45am tetapi hingga pukul 12pm sekor ikan pun tak kena..otai dan yg lain2 dah pening kepala kerana tak tahu apa yang tak kena, epoy lagilah sebab dah keluar modal besar..laila apa lah lagi kerana tak tahan dan tak sabar terus balik ( letih beb bulan puasa pulak tu...daripada tengok air lombong tu krg tak pasal aku XXXX lebih baik aku balik )

Tepat jam 12.45pm, satu jeritan macine abu otai menjerit panjang mengejutkan kekecewaan ahli kpas yng lain...tu dia baru meor otai tersenyum bila sekor ikan yang di tunggu2 jelawat berjaya di naik kan dengan angaran 1kg keatas..selepas itu tak sampai 5 min joran meor otai berbunyi lagi...ni yang buat yang lain rasa tercabar...hahaha


selepas meor otai mendarat kan ikan kedua beliau tak sampai 2 min machine baru epoy tidak mengecewakan dengan ikan jelawat sama saiz dgn meor otai...syabas epoy ( epoy gambar diatas )

Nah lagi satu...mahine baru katakan..

Aduhh naik lagi ikan jelawat si epoy ni..( meor otai time ni jeling aje kat epoy ni, mungkin time tu perasaan nya nak langkah machine baru epoy tu ..hehehe.. )

Kerana tak tahan asyik meor otai dan epoy aje yang naik..maka aidil mengambil keputusan terjun lombong tangkap sendiri ikan jelawat tu dgn tangan ..hahahaa( gurau aje )..beliau pun dapat hasil..

Kerana time tu ikan tengah mood baik makan umpan..maka hasil yang dapat tak sempat nak masuk jaring..orang kata pulun habis..

ahli yang turut serta
laila - 0 ( dah balik )
Meor Otai - 12
Epoy - 8
Aidil - 5

( semuanya jelawat )

XTVT berakhir dalam pukul 3pm

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PPPNP kerana membenarkan kami masuk..nanti kami datang lagi ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...