Isnin, 7 Februari 2011

Hadiah Gong Xi Fa Chai dari Ahli KPAS Kepada Tan KPAS


Macam biasa la, KPAS tak dapat nak bagi tahu lokasi memancing secara terperinci, maka petandanya adalah seperti diatas. Bukan ape takut port kene PUKAT atau TUBA hehehe...



Ahli –ahli yang terlibat kali ini adalah Am, Aizad, Meor Otai dan Ah Tan. Am kelihatan terkejut melihat ikan melompat, beliau cuba nak memastikan ikan yang melompat itu bukan ikan DBI (Ikan DBI adalah ikan yang kurang dimakan kerana tidak mempunyai isi, Selalu digunakan sebagai orang gaji bagi mencuci cermin bahagian dalam aquarium).


Am dah tak tahan dah, bukan tak tahan nak kencing tapi tak tahan nak ke tempat ikan melompat yang beliau nampak sebentar tadi, bak kata ahmad Albab, "itu ikan yang lompat ana yang punya"...hehe..


Masing–masing mencari port dan berlumba sapa naik ikan dulu dan sapa yang paling besar. ( sapa= Siapa)


Kelihatan Meor di port rahsia beliau..


Ini saat Tan angin satu badan (am terlupa pulak bawa gel halia mustajab) apabila tali beliau putus direntap tok haruan...hehehe...kelihatan belakang am tak dapat kenal pasti apa yang dilakukan time itu ...mcm.....faham2 aje le..hehehe

Aizad dengan tangkapan pertama diantara mereka pada hari tersebut.. orang kata dah dapat lesen la..hehehe

Gewang langsung tidak dilayan oleh ikan disini kerana ikan kt sini semua dah pi kursus…jd susah ditipu..

alamak ...Katak sudah abis…gua baru pakai satu..weii sapa pakai lebih haa? (kata tan dengan nada yang agak kecewa)hehehe..bila katak sudah habis itu menandakan masa sudah TAMAT..

Kelihatan Meor mengajak Tan untuk pulang, tetapi beliau masih enggan pulang ..tak tahu kenapa, kerana katak dah habis ke? marah kerana tak dapat ikan ke? .tak tahu le..heheee

Orang kampong bergotong – royong menghabiskan ikan.. inilah akibatnya kalo port – port menarik dibocorkan.. ha..ha..ha

Hasil pada hari tersebut… boleh dikatakan semua dapat hasil..

Anak meor tersenyum riang melihat hasil pancingan bapanya dan dah terbayang haruan masak serai dan lada hitam..
Nasihat kepada Tan..Pastikan Tali anda kuat dan sudah diuji sebelum turun memancing..majulah sukan untuk KPAS ..
hehehe
Update by Aizad Edit by Laila KPAS.
Bravodieoskebasta

1 ulasan:

  1. tu dia...ikan besaq...pas nih pi mancing tang mana lagi laila kpas..kui kui kui :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...