Truttt..Trutttt..Truttttttt (bukan bunyi keretapi, tapi bunyi enjin bot)
Amaran bahaya laut bergelora dan angin kuat telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Tsunami di Jepun masih hangat diperkatakan. Itu semua tidak mematahkan semangat memancing bagi geng-geng KPAS dan BSSFC. Seramai 12 orang terdiri daripada geng KPAS dan BSSFC telah memberanikan diri untuk memancing laut dalam di perairan Terengganu.
Awan Mendung tetapi tak hujan, ini kata pak pepatah, hari mendung tak semestinya hujan, tapi hari aje jumpa tak hujan, selalu jumpa kalau mendung gerenti hujan...
Bergambo kenangan dulu sebelum bertolak, mana nak tau masuk majalah Pancing ke nanti..hehe
Inilah bot Tegoh 01 yang membawa kami, cukup besar dan selesa, telah berjasa pada kami.
Wakil KPAS Aizad & Nadzri@ Tok Saat (meor tak dapat bersama kerana anak beliau patah tangan ketika bermain bola,kalau tidak dah tentu gambar ni bertiga..walau bagaimana pun kalau ada rezeki pasti boleh joint lagi)
kalau tengok pada gambor diatas bukan main lagi posing nya..mcm dah berpuluh kali kelaut..hehe
Ini bukan apa, dah mabuk laut ...hehehe..setelah berjam-jam ditengah laut...tak pe ..celik aje dengan minyak cap kapak..krg hilang le tu... hehehe
Ombak memang kuat, berdebar jugak, tambah cerita Tsunami...siapa yang tak tahan conform mabuk laut..
Kelihatan Pulau perhentian.. kalau kita perhatikan betul2 pulau perhentian tu..betul2 mcm pulau, kerana ia memang pulau pun..hehehe...saja gurau (jgn mare)
Alat sonar dan GPS yang digunakan tekong, kedua alat ini memang penting...klu tidak mungkin balik dengan umpan yang banyak (sebab ikan tak de le).hehehe
OK semua ready, selepas sampai di port yang telah di set di GPS..apa lagi turun la umpan..
Ringan je yop pusing tu..tali kekne gigit ngan ikan buntal ke..? hehehe
Maaf time gambar awak2 tengah setting lampu untuk mencandat sotong tak dapat dirakamkan atas arahan awak2 disitu kerana malu agak nya...oleh kerana tak nak kena tinggal ditengah laut ni..ikut aje le..
sebenar nya, 1st time candat sotong ni..(ni dah malam dah)
Alat2 mencandat sotong..
Menurut tekong time ni bukan musim sotong.. hasil tak banyak sangat penuh satu tong coleman je
Di esokan hari nya..jeng2, Kerisi 3 jari..jadi la...
Ini lah Presiden Black Sheep Sport Fishing Club En Wan Zul.
Geng-geng BSSFC
Telinga gajah si pengubat duka lara..jadi le..
Kelihatan bot pukat tunda, ini menandakan kami dah balik...
Jeti LKIM Kuala Besut tempat bot TEGOH 01 berlabuh..(aduh..kejap rasanya)
Gotong royong, membawa keluar barang dari bot ..jangan tertinggal ikan sudah le.
Hasil Tong 1
Hasil tong 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan