Khamis, 13 Oktober 2011

Afiz dapat Patin 3kg time ahli2 KPAS tidurrrr....8oct2011

 
Apa pandang2!!ada berani ka?kata afiz kepada ahli2 kpas yang dah tidur (lama tak aktive pancing)..hahahaa...dengan aku sekali kena perli (admin)..padan muka..tu lah dah lama tidur..sampai batang pancing kat belakang rumah tu kucing kerate conform patah...dah berkarattt ..pasal dah lama tidur nya...hahhaa..lupa nak habaq..lokasi afiz kali ini Tanjung Rambutan..

Balik cerita afiz, afiz adalah anak kepada Che Mat desa pelancongan dan anak saudara laila KPAS, beliau ni memang minat pancing sebelum sekolah lagi..bayang kan..kalau air berkocak kerana ikan dia dah tau jantan ke betina..sampai mcm tu. Beliau berjaya menaikan ikan patin 3kg di Tanjung..menurut beliau, ini bukan ikan pertama beliau yang berjaya dinaikkan...tetapi dah banyak dah..dah jenuhhh dah kata nya...(layan aje le..hehe)
Inilah kolam yang dipancing afiz
Afiz tenang meneliti dikolam mendalamkan lagi ilmu mengenali jantan ke betina bila air berkocak di sebabkan ikan didalam kolam..hehe
inilah che mat bapa beliau yang termenung kerana ditewaskan oleh anak beliau
Dengan hasil yang diperolehi, maka afiz bercadang untuk berkelah

Ini sajalah ikan yang laila kpas dapat ketika memancing bersama afiz..talapia yang berat agak 500g keatas..

Apa lagi, ikan bakar lah menjadi pilihan..

aktiviti mengsiang ikan
Syawal adik afiz turut membantu menyiang  ikan bersama fitri

Afiz jadi bos lah haritu, kerana beliau adalah champion KPAS sekarang..

amacam ikan talapia ni...besarr tak? (ikan ni menjadi rebutan)
Ikan patin setelah dipotong kecil2 (baru letak tu)


Dah nak masak dah...mak datuk..bauuuu...menarik betull


makan time...
Jadi menu time tu, ikan patin dan talapia bakar, sambal belacan, air asam dan paling sedap patin masak tempoyak (yang kedalam periuk tu), ...sedap giler ...

buat warga ahli KPAS, afiz berpesan..ADA BERANI PECAH RANGKING GUA..PATIN 3 KG??

ssSSSSssSSss....dengar cerita aizad dah panas..tengah panas kan pancing beliau untuk persediaan mencari patin hari minggu ni...

bravodieskobasta...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...