iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Khamis, 14 Julai 2011

Gempar!!!Karman Nampak Pak Belang dalam XPDC mencari Tengas di hutan Bidor..betul ke???




Gambar diatas menunjukkan karman terperanjat besar kerana ternampak se ekor harimau tengah memerhatikan beliau yang pada masa itu tengah sibuk memasang umpan....kelihatan epoy tengah sibuk berposing dalam xtvt mengambil gambar sendiri untuk buat kenang-kenangan pabila pulang nanti...







Balik pada cerita karman,gambar diatas sebenar nya palsu aje...saja nak gambarkan keadaan karman ketika dalam cerita beliau nampak pak belang ketika mengenakan umpan...orang lain tak nampak,,hanya beliau aje yang nampak..bahaya tu karman...hehe..biasa le, dalam hutan mcm2 ada..silap2 gajah pun ada kut..

Pada 10hb july 2011 jam 9.30am..epoy diiringi geng kpas yang lain meredah hutan belantara hampir 2 jam menuju kelubuk yang jarang diketahui oleh orang ramai iaitu lubuk ikan Tengas...jeng 3x..




Gambar pertengahan pejalanan, berehat seketika bersama 100plus setelah penat mendaki dan meredah hutan... jangan lupa 100plus perisa limau baik untuk perut..


Karman Menunjukkan baju kebanggaan KPAS...hehe ..(atau geli ehem2 bergesel kat baju..maklum le tempat sejuk..hehehe)



Ini ahli2 kpas yang turut serta..dari depan : Karman,meor otai,Aidil,Faiz dan yang mengambil gambar epoy ...


Ini salah satu lubuk Tengas yang dikatakan, Air nampak singkat tapi sebenarnya teramat dalam..jadi yang tak pandai berenang harus berhati-hati di kawasan ini..kelihatan faiz tekun memancing sambil menikmati suasana hutan yang aman, sunyi..damai ..hanya kedengaran bunyi burung2 berbalas menyanyi.. .. rasa nak tidur tapi takut kena kidnap dengan bunian..hehehe..


Deras nya air ... bahaya sekiranya terjatuh...jadi harus berhati-hati..pastikan kasut anda ada bunga tebal baru boleh kesini...


Pot ini paling cantik dengan air nya tenang..kami hanya memancing setakad sini saja kerana kalau kami naik diatas lagi kira dah sampai perkampungan orang asli. Bukan apa..tak nak ganggu diaorang...

Meor mengalami kecederaan di lutut apabila tergelincir ketika pejalanan naik ...ni dah conform kasut bunga dah habis..bak kata orang kampung "tapak dah haus".


Diatas adalah ikan tengas yang berjaya dipancing..(ditempatkan didalam aquarium meor otai)


Hasil XPDC ini mereka berjaya membawa balik lebih kurang 30 ekor tengas bersaiz 200grm - 800gram..tahniah semua...boleh dikatakan semua yang pergi dapat menaikkan ikan tengas..paling kurang sekor..kalau sekor tu teman tau sapa, tak lain bukan Karman..hehehe

Gambar2 tidak banyak diambil kerana masing2 sayang kan handphone, takut terjatuh kedalam sungai..handphone mahal le katakan..

Masa memancing hingga pukul 9.00 malam saja...lebih pada tu tak berani dah, menurut kata epoy, tempat ni boleh tahan jugak..bagi yang tak kuat semangat boleh tumbang dibuat nya..jadi tidak mahu perkara tak diingini berlaku..kami mengambil keputusan balik jam 9malam..( kalau ikutkan hati nak rasa nya memancing sampai besok pagi..)

#XPDC diatas telah disponser sepenuh nya oleh KARMAN...TQ Karman..


bravodieokebasta..

19 ulasan:

  1. katne ni bro? jauh x bro tracking? nak ikut leh?

    BalasPadam
  2. Ini area kat kampung Epoy Bidor perak..menurut mereka yang pergi, tracking memang jauh..hampir 2 jam baru sampai dan penuh cabaran..boleh kata semua terkiut-kiut pada besok hari kerana sakit kaki...nak joint boleh..no problem..ada plan saya akan bagitau epoy suruh hello2..tq bro

    BalasPadam
  3. kelab pancing apa saja? kenapa tak pancing je harimau tu? hehehe

    BalasPadam
  4. air terjun gepai ke ni?
    macam pernah pergi je nih

    tq follow bro
    salam kenal

    BalasPadam
  5. woww!minat sgt memancing ni...nak bt club gak la nanti haha...dah follow blog ni!

    BalasPadam
  6. Hurmm..hari tu jumpa abg sotong, kali ni jumpa abg ikan,hehe.

    Haluuuh..ingatkan sungguh nak citer pasal rimau, ikan tengas rupanya,hhahaha

    BalasPadam
  7. suesue, harimau tu x boleh pancing, nanti laki dia marah..hhehe

    salam penaberkala, tq..

    bagus tu elih, bertambah besaq lagi le network geng pancing ni..tp bila dh buat kelab jgn lupa pulak KPAS..sekurang jemput untuk tgk potong reben pun jd le..hehe

    kat sini tak boleh cerita pasal rimau, hanya karman soran aje yg tau TYNTHA LANA...TQ

    BalasPadam
  8. kalau seminggu tak pegang joan leh jadi gian tau bro....

    apepun nice blog...
    rasta singgah jap...
    terkenang di zaman masa mida2 dulu....
    perghhhhhhhhhhhh...

    BalasPadam
  9. wah.. menarik ni.. boleh la join bila free nanti

    BalasPadam
  10. betul rasta, memang gian giler bg kaki pancing kalau tak pegang seminggu..tapi kalau buan kaki pancing setahun pun tak de ape..betul tak..hehehe...hanya kaki pancing aje faham jiwa pancing..

    matakail, boleh no problem, kalau matakail joint lagi jimat...tak payah beli matakail..hehe..gurau aje...niat ikhlas apa salah nya..

    BalasPadam
  11. Hai TYNTHA LANA. Abe Din pernah bbrapa kali jumpa rimau masa gi memburu... kalau jumpa lagi jangan panik... kumpul rakan duduk dekat2 & buat bising. Pasang api... kalau xde.. rokok pun ok. Kalau main rockband lagi baik...insyaAllah.. rimau akan beredar pergi.

    BalasPadam
  12. oohhh ini yg dimaksud kan oleh TYNTHA LANA tentang jumpa abg sotong..Abe Din rupa nya..hehee..salam Abe Din..kt Pondok Tanjung dulu byk rimau kan..kalau naik bas last dari Taiping ke Selama dulu mesti risau lalu kt pondok Tanjung..

    BalasPadam
  13. aah..hehehe. Seriuosly, seronok sbnrnya baca blog yang fokusnya satu, cam abe din ngan abg..erhh,nk pnggil apa..takkan nk pngl abg ikan,ahahaha

    ~lana pun prnh jmpa rimau gak abg din..dalam zoo T___T keh3. Oh, tu ya tips dia..tima kasih tips tu :)

    BalasPadam
  14. panggil abg ikan pun x pe..jgn panggil abg rimau dah..hehehee

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum KPAS

    salam ukhwah
    terima kasih sudi follow PHD

    Wassalam

    BalasPadam
  16. Salam warga KPAS,

    Port ni teman kenal bebenor haa..nama tempat ni lubuk Degong,Bidor.Memang terkenal dengan ikan tengas nya..lagi satu si Epoy tu teman kenal sesangat ha..dari sekolah rendah lagi,duduk pun setaman di bidor tu..

    rajin2 datang jenguk blog saya wanpb.blogspot.com

    BalasPadam
  17. nak join walaupon dah lama blog ni..tpi klu nak pgi mane call me ok 0192589131 fendi

    BalasPadam
  18. Tanpa NamaJun 12, 2014

    Asalamualaikum..salam 1MALAYSIA...lubok tu sy hanya pnh dgr nama je..tp x pnh sampai.hihihi....pada yg berminat utk memancing ikan tengas yang bagak2x sy ada lubok2x yg terbaik....rekod terbaru 24/5/2014
    1.9kg 25/5/2014
    1.6kg & 1kg....pada yg berminat utuk merasa tarikan si raja sungai boleh call..tetap kn hari...tempat GOPENG PERAK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa NamaJulai 01, 2014

      boleh bagi kontek number x yob? senang nak komplot nanti...heheh

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...