Meor Otai dan Aizad KPAS sedang galak bergambar bersama hasil tangkapan mereka Ikan Rohu tanpa disedari Zombi dibelakang (bulatan)
Telah lama ahli KPAS tidak memancing di area Kg Pisang kerana dah “Fedup” dengan aktiviti menjaring dan menuba yang sering berlaku disna. Baru2 ini hasil dari intipan adik Aizad iaitu Akmal, beliau telah menemui satu lokasi Rohu @ Labeo rohita berpesta fora di sekitar Kg Pisang. Setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Kampung Pisang iaitu Pak Abu dan assistantnya iaitu Pak Jabit. Ahli-ahli KPAS yang terdiri daripada Meor ( Otai ), Laila, Aizad dan Akmal bergegas ke satu lokasi rahsia (belum bocor lagi) untuk memancing Rohu.
Suatu pagi yang indah..burung-burung pun berkicauan..(bak kate usop wheelcar)
Keadaan air yang tenang camnilah sesuai untuk pancing Rohu
Akmal sedang kusyuk menanti ragutan daripada cik Rohu.
Laila sedang memeriksa tali benang beliau, takut putus katanya. Menurut beliau, pernah putus tali benang Power Pro 50lbs disini. Cuba perhatikan Meor otai (baju belang) siap sedia untuk menyentap joran.
Asyik-asyik die..rungutan laila terhadap Meor Otai...Meor Otai dengan hasilnya 4ekoq.. Aizad..jadi le...seko...
Laila dengan hasil beliau... rahsia beliau adalah menggunakan umpan nescafe Meor Otai
Lihat rod 14 kaki yang digunakan Aizad. Bukan ape katenye nak test guna rod panjang untuk pancing lombong. Boleh baling jauh sikit...
Dalam perjalanan kami pulang, kami terserempang dengan sekumpulan pemancing sedang menaikan ikan di Sg Kinta. Ikan yang dinaikan meraka agak pelik, macam ikan keli tapi bawah badan berwarna putih dan ekor berwarna merah.
Inilah spesis ikan yang dinaikan oleh mereka. Spesis keli dari Amazon @ amazon Catfish. Pasni tak payah pi Bung Samran,Thailand untuk pancing ikan ni. Kat Sungai Kinta pun dah ade ikan ni.
*Gambar zombi diatas tu photoshop aje..jgn ingat betul..ianya hanya sekadar hiburan ..
Update by Aizad KPAS
cmne nak pegi ke lokasi lombong?
BalasPadam