Khamis, 12 Julai 2012

Family Day ditepi lombong


Kerana hendakkan balingan TTtterjauh, Che Mat sanggup memancing DIDALAM lombong, hingga kan anak2 beliau terkaku, terkejut dan terbantut untuk memancing apabila melihat gelagat ayah mereka...kenapa ye sampai bergitu sekali.?  hehehe
Pendek cerita...pada ahad lepas..che mat mencadangkan kita sekeluarga pergi berkelah di tepi lombong dekat malim nawar..menurut che mat lokasi tersebut amat sesuai untuk berkelah dan memancing...wow!! menarik betul idea che mat ni...kami semua pun setuju...

Lebih kurang 40min dari batu gajah, kami sampai lokasi tersebut...diatas adalah gambar dimana keadaan jalan masuk ke pot tersebut..jalan pasirrrr ...
Gambar diatas menunjukkan penumpang perlu turun kerana jalan tidak rata serta belubang-lubang...aduhh susah betul rasa nya...takpe sabarrrr...

Ni dia pintu gerbang semulajadi ke lombong tersebut.. 
Pot ni menurut che mat memang banyak ikan haruan..aduhh ni membuatkan tak sabar dah....

Dibawah pokok menjadi pilihan untuk kami berkelah..
Diatas adalah juadah yang dibawa.Bihun goreng, Talapia goreng dan masak tempoyak,sambal sardin, sambal ikan bilis..nasi putih,sambal belacan dan air sirap..simple tapi kenyanggg...

Makan time (makan pagi)
Saibi dah tak sabar dah...tengah setting pancing beliau..siap dengan gigit lagi..gigit apa tak tau..jangan gigit mata kail sudah..hehe..
Adik Zulaikha sedang menikmati bihun goreng..
Ikan pertama adik syawal...ikan jelawat kecil..eh2 ada ikan jelawat kat sini...
Tiba2 bagus tengah makan..tiba2 gedebusssss...bukan bunyi orang jatuh tapi bunyi ikan melompat ditengah-tengah lombong...oleh kerana tali pancing che mat tak mampu untuk sampai ke tengah..che mat mengambil keputusan untuk turun kedalam lombong berkenaan dengan harapan tali beliau sampai kesana...dan dengan harapan ikan disana sudi le melahap umpan che mat...

ikan yang melompat ditengah lombong tadi dipercayai ikan ARA...
Sementara menunggu ikan yang melompat tadi makan umpan che mat...kita goreng dulu ikan talapia yang adik syawal, zulaikha,izzati dan hafiz dapat...boleh tahan besar2 jugak ikan talapia kat lombong ni.
Ni dia ikan haruan pertama saibi,walaupun kecil tapi bangga kerana beliau lah yang pertama menaikkan ikan haruan...
Adik fitri dengan ikan haruan ..boleh tahan dari ikan yang saibi dapat (ketika ini saibi dah tension kerana beliau dapat ikan kecil dari adik fitri..hehehehe)..
Selang beberapa minit tension saibi terubat apabila dapat ikan haruan lagi yang rasa nya lebih besar dari adik fitri..
Oleh kerana cemburu kan fitri (abang nya) bergambar bersama ikan haruan yang beliau dapat,..adik izzati pun turut serta nak bergambar jugak, korang anggap aje beliau yang dapat... (ikan fitri)..hehehe

Termasuk lah kakak beliau adik zulaikha.. (ikan saibi dapat mula2)

Nah lagi sekor ...adik fitri..

Pendek kata, boleh dikata kan ikan talapia lah paling banyak dapat....

Apa jadi dengan yang melompat tadi...hampehhh..."kata che mat", (tak dapat le tu)...

sekian terima kasih..


14 ulasan:

  1. Bagus jalan ceritanya...tahniah adik fitri Dan than Saibi...best dapat berkelah tempat2 macam tu ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih geng pancing kerana sudi singgah..terima kasih atas kata2 semangat...

      Padam
  2. Tanpa NamaJulai 15, 2012

    gelak sorang2 bace story nie.. best..!!!

    BalasPadam
  3. ye ke...heheehe...terima kasih..jgn lupa singgah lagi..

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 22, 2012

    abg nie yg dduk kat simpang pulai 2 kn,,, klau x silap la rasa2 mcm kenal la,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nama saibi tu betul..dia tinggal dekat simpang pulai..kadang2 dia meniaga mee rebus depan restoran karisma simpang pulai..

      Padam
  5. Tanpa NamaMei 28, 2013

    Leh tau tak plan ke lombong tu coz sy pun asal gi mancing tentu sekeluarga.harap sudi ek bg tau kat mane lombong tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pot tu susah sikit nak tunjuk dgn tepat...kerana jalan ke maling nawar banyak lombong...walau macam mana pun saya cuba...

      kalau dari batu gajah..lepas batu lapan..ada simpang 3 kan..masuk kiri (ke arah maling nawar)dari situ lebih kurang 2 atau 3 km masuk kiri..masuk kedalam lebih kurang 2 atau 3 km jugak...(ada lombong itik disitu)

      kalau tak tepat..minta maaf ye...

      Padam
  6. Tanpa NamaMei 30, 2013

    Makaseh

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaOgos 30, 2013

    salam chor best nmpk gaya t4 2 tpi area mana yeh

    BalasPadam
  8. Aduhai cantik port ngail tu! Agaknya tahun 2016 ni masih boleh mancing situ ke x ntah.. alangkah bestnya kalau sy tau jln.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...