iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Khamis, 9 Mei 2013

Trip Rompin KPAS sebelum PRU13

Lame beno rasenye tak manceng di laut. Kali ini Aizad KPAS berpeluang menduga laut Rompin. Ikan target kali ini adalah EBEK, adakah beliau dan geng-gengnya berjaya menaikkan ikan tersebut.. saksikan...
Mercu tanda Pekan Rompin yang terkenal... LAYARAN..buat pengetahuan korang ..ikan diatas adalah untuk tatapan dan buka untuk dipancing...hehehe
Pemandangan dari Jeti Rompin. Kami turun agak lewat.. banyak team yang telah keluar dr jeti lebih awal.dop..dap..dop..dap...bunyi jantun berdebar-debar kerana teruja sangat...hehehe...relikkk..tarik nafas .....hembus..... 
Muara Kuala Rompin
Bot yang digunakan adalah bot dengan kelajuan enjin 80Hp X 2 = 190 Hp sebenarnye tak laju lagi. Bot paling laju yang dapat dilihat adalah 200Hp X 200Hp = 400HP. Ok le dari bot yang kami pancing jinggo enjin hanye 3.5Hp.
Sudah ade bot yang parking di port yang pertama. setiap tekong mempunyai port2 rahsia mereka sendiri. Kemahiran tekong amat diperlukan kerana beliau perlu parking bot betul dibawah lubuk EBEK.
Rayman James Deo sedang menunggu dengan penuh kesabaran (jari rayman diatas bukan menunjukkan beliau tengah XTVT mengorek hidung ya..amaran untuk tersalah tafsir)hehehe.
Ok, untuk memancing EBEK sebaiknya guna perambut halus (15lb clear) untuk peratusan sambaran yang tingggi. Namun risiko untuk putus juga tinggi, oleh itu skill yang tinggi diperlukan.. cewaahhhh... Umpan yang paling berkesan adalah udang hidup dengan perambut panjang lebih kurang 3 kaki dengan batu gantung.
Berehat sebentar sementara tekong bawa ke port lain.
Sampai je kat satu port ni bukan saja tiada ombak malah tiada arus juga, kalau disungai bak kata pepatah...air tenang jangan disangka tiada buaya..tapi dilaut...jangan risau..conform takde buaya..hhehehe

Keadaan air yang tiada ombak di tengah laut
Termenung panjang bro, tak kan baru beberapa jam dah rindu kampung halaman..hehhe jgn mare bro..gurau senda aje..

 Unit Tindakan Khas (UTK) turut serta bagi menjamin keselamatan kami dari ancaman pengganas sulu ( ha..ha..ha.. sebenarnya tu Aizad KPAS)

 Bot lain yang turut mencuba nasib.
Sekurang-kurang nya ada bot lain tak lah risau...orang kata ada kawan..bukan apa..ditengah-tengah laut ni macam2 boleh jadi...tapi minta simpang le....
Bro Aji dengan menunggu untuk strike..
Bot didepan kami pun nampak nya masih menunggu sanbarrrran....

 Banyaknye bot parking kat sini. Disinilah peranan dan pengalaman utama tekong diuji. Walaupun parking berdekatan tak semestinya bot sebelah akan dapat ikan ini kerana menurut tekong beliau perlu parking betul2 diatas kawasan pergunungan karang yang berada di dalam laut.
Percaya tak kome..tengok Aizad telah naik seko ebek....yahooooo!!!!
Mizi pulakkkk.....(kali ni mizi tak menjerit..tapi senyum ajerrrr....hehehe)
Bergambo dulu..kata Aizad

Bot kayu yang sama-sama keluar dari jeti baru tiba (kami dah 6 jam memancing). Abis ikan dah Yop.... heheehe
Kalau korang nak tau, kebiasaan bot kayu bermalam di lautan.
Salam pancing bro...jerit kami sambil berbalas lambaian tanda satu malaysia dan 1 pancing..

Setelah 12 jam kami disana, umpan pun dah nak habis...kami pun berangkat pulang..gambar diatas bukan nak tunjuk enjin bot lagi, tapi menunjukkan bot papan yang kami tinggalkan....terasa kejap beno rasenye....tapi mengigat kan anak bini, ibu ayah...adik abang ...dan sahabat handai...kami pulang jugak..hehehe

Tekong Mr Costoviv (he..he..he.. tak ingat namenye). Beliau sangat rajin ubah port jika takde ikan.. Terima kasih tak terhingga kami ucap kan pada tekong kami ni..

Rayman tersenyum dengan hasil yang diperolehi (beliau tidak mahu bergambar bersama hasil tangkapan atas sebab-sebab tertentu * riso popular cam Meor Otai katenye)

Dibawah adalah hasil kami setelah bertapa 12jam disana...
Tong 1
Tong 2
Lega rasa nya bila nampak daratan...ni menunjuk kan tekong ni tau jalan balik...hehehehe
Kami tiba dijeti Rompin pada jam 1830hrs
Kesimpulan Trip : Banyak sambaran diterima namun banyak yang putus akibat dari perambut yang halus. Aizad telah mendapat satu sambaran yang kasar namun setelah 20 minit bertarung perlawanan tersebut memihak kepada ikan. Spesis yang dijangkakan adalah Cobia/haruan tasik melebihi 7Kg * bedasarkan tekaan pemancing pengalaman iaitu Bro Aji dan Rayman. Namun kami tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya menaikkan 3 ekor EBEK dan Seekor Bayan. Alhamdulillah...
Sehari selepas kami pulang dari trip ini. ada kemalangan bot yang membawa warga singapura. Bot berkenaan belanggar dengan bot nelayan pukat tunda. Alhamdullillah kami tiada apa-apa (http://www.hmetro.com.my/articles/Duamautkemalanganbotpancing/Article/)

Kos Memancing ( dari KL) :

Minyak/Tol : RM80

Bot + Tekong + Home Stay (2H/1M) : RM1200

* tong-tong 4 orang

Sekian terima kasih

Update by Aizad KPAS


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    saya tak pernah mengalami suasana macam ni lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamuailaikum atuk..

      ya ke...bagi kaki pancing memang seronok pengalaman seperti ini...tambah kalau dapat hasil yang lumayan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...