iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Ahad, 17 November 2013

Fendi KPAS and The Geng menjinggo di Kampung sungai Dulang

Jinggo....dah lama tak memancing jinggo..kali ni
fendi  KPAS and the geng telah merancang satu misi..iaitu memburu Jinggo  ...

Lokasi kali ini adalah di Kampung Sungai Dulang terletak di Bagan Datoh, Perak yang mana amat terkenal dengan sumber Udang Galah @ Jinggo yang banyak. Jika di Sungai Perak Kg Gajah Jinggo amat aktif pada waktu malam, tetapi disini ianya dipancing di siang hari merujuk kepada pasang surut air laut. Baru-baru ini Fendi KPAS dan rakan-rakan berkesempatan menduga jinggo-jinggo disana.
Peta Kg Sg Dulang.. tak boleh zoom in sangat nanti lubok@port bocor he..he..he.. sebenarnya sepanjang sungai boleh pancing udang.
Inilah senjata-senjata yang digunakan oleh Fendi KPAS (termasuk tisu).. orang kata banyak pancing banyak ikannya.. kalo semua pancing jinggo makan jenuh le cho..  haha
Inilah bot yang digunakan untuk menduga Jinggo disini... Bot kayu 14 kaki sangat stabil walaupun langgo reba@bangko. Memang besar dan selesa bot ni untuk 6 orang pemancing, dan bot ini pun turut disediakan lampu, jadi tak perlu risau kalau memancing diwaktu malam. Harga bot ini berpatutan, hanya RM150 untuk satu trip 12 jam.

Kelemahan naik bot ini adalah bunyi yang bising.. sampai satu port kena tunggu lebih kurang 20 minit baru ada jinggo yang berani senttuh umpan. Umpang yang digunakan adalah anak udang dan perumpun (disediakan oleh tekong). Tak caya tengok gambar ni... tengah tunggu 20 minit le tu...he..he..he..

Diantara Jinggo paling beso yang berjaya dipancing oleh Fendi.. jaga tangan cho... mau dikepitnye nanti..

Ini lah diantara hasil jinggo yang telah tewas...yang terlepas jangan dikenang le...hehehe
Selain jinggo, terdapat ikan-ikan standard iaitu Duri... Duri pun duri la.. beso sedap buat kari..

Hari tu Fendi KPAS and the geng pulang dengan senyuman kerana pulang dengan hasil yang lumayan...cuba balik dengan tangan kosong....jangan kan senyum ,,gigi pun x nampak..hahhhaha

Upadate by Aizad KPAS 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...