Ahad, 8 November 2009

Tongsan 5.4kg di lombong Bangla 7Nov2009

Meor MB lagi..kan aku dah kata dia giler pancing..hehe
Apa nak kata lagi kalau bukan Taniah kepada Meor MB kerana 10 min beradu tenaga Dengan Tongsan 5.4kg di lombong Bangla..memang kalau ikan di lombong lebih agresif kalau di bandingkan dengan ikan di kolam...
Tapi sayang nya,dengan berat 5.4kg sebenarnya dah mampu memecahkan tong KPAS tapi kerana kesilapan teknikal ketika sesi bergambar membuat ia diragui oleh KPAS yang lain (cuba tengok gambar diatas hanya gambar ikan saja tanpa gambar empunya diri,tp bila di kaji cincin di jari memang sah itu meor MB).Apa nak buat yope..peraturan tetap peraturan yope..lain kali pastikan bila sesi bergambar jangan lupa kasi muka dengan gigi nampak sekali..dan yg penting saksi...tanpa semua itu,bukan saja ahli KPAS yang meragui tapi Otai dari blog lain pun meragui jugak, betul tak..hahaha..takpe..tak kan habis ikan di air lagi..

Ha pandai pun ambil gambar..
Talapia merah adalah penutup acara meor memancing masa tu..ok le tu..
Temubual KPAS bersama Meor MB
KPAS : Apa perasaan bila KPAS tidak meluluskan Tongsan 5.4kg memecah kan tong KPAS?
Meor MB : Kecewa lah jugak..tapi nak buat mcm mana,Ni Melaun yang ambil gambar ni punya pasal lah..aku suruh ambil gambar semua yang di p ambil gambar ikan pasal apa..nanti kau melaun..tau lah aku nak ajar mcm mana
KPAS : Apa perasaan meor ketika beradu dengan ara dilombong Bangla?
Meor MB : time tu tak fikir apa dah cuma do fikir nak tendang laila KPAS dari tong KPAS no 2 tu..pasal dok rasa masa tarik tu dah agak 5kg keatas..
KPAS : apa en meor buat dengan ikan Tongsan tersebut?
meor MB : apa lagi hantar kedai tomyam le masak masam manis...fuuyoo memang best ..bila makan ingat kat P Ramlee dalam filem masam manis....hehe
KPAS : Soalan terakhir,Apa kah umpan yang en meor gunakan masa tu,Umpan muntah jin badang ke?
Meor MB : Takkkk...tak baik tu....kalau nak tahu saya mengunakan UMPAN YANG ARIF EDISI 2..hehehee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...