Rabu, 9 Disember 2009

Ikan kaloi Lombong sebelah rumah Meor Otai - 6Dec09

'wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi... timbullah bonda oi.... timbullah tunjukkan diri... nasi melukut dengan sayur keladi... Eh..eh kejap..itu ayat dalam cerita TV zaman hitam putih dalam cerita "Bawang putih Bawang Merah".

kita lupa kejap cerita rakyat tu, kita berbalik cerita kaloi dalam gambar ni, Wei korang tak takut ke dengan si bawang merah yang korang pi tangkap mak tiri dia apsal?Gurau aje

Taniah buat Aizad kerana dalam ramai2 hanya beliau yang berjaya menaikkan ikan kaloi 1++kg. kalau korang nak tau lokasi diaorang pancing ni betul2 sebelah rumah meor otai, pendek kata boleh pancing terus dari tingkap rumah meor otai, Tapi diaorang ni tidak le memancing dalam rumah otai, kalau nak penangan leteran yang boleh membuat telinga bisul oleh orang rumah otai cubale.
Umpan diaorang pakai kali ni bukan macam ikan kaloi zaman dulu2 yang makan nasi melukut dengan sayur keladi, Kali ni umpan diaorang pakai Pisang, Sila merujuk gambar diatas yang telah dibulatkan, itulah pisang nya.
Otai tetap otai, kalau orang lain dapat dia mesti dapat kan jugak, tambah lagi lombong sebelah tingkap aje..meor membuktikan kemampuan menaikkan kaloi di saat2 genting ( genting kerana orang rumah dah panggil balik, sebelah rumah katakan )..
Ahli yang turut serta kali ini ialah

aizad - 3 ekor kaloi ( berat 1 - 2 kg tiap sekor )

Meor - 2 ekor kaloi ( berat 1 - 1.5 kg )
Karman - elek pocit
Nuar - खाली (dalam bahasa hindi )
aidil - 1 ekor kaloi ( berat 1 - 1.3 kg )

Laila - यह बाधा नहीं कर सकते ( korang cari sendiri lah apa maksud nya,malu nak cakap..hehe)


Temubual KPAS dengan pemancing
KPAS : En Aizad..wah sekarang muka selalu keluar blog KPAS ye, adakah en aizad cuba mencari popularity?
Aizad : Ehh tidak le, kalau muka saya selalu keluar blog ini membuktikan saya ini aktif dalam memancing, bukan maksud saya orang lain ( ahli KPAS ) tak aktif memancing, mungkin diaorang aktif tapi hasil kurang lumayan..

KPAS : apa rasa nya perasaan meor bila buka tingkap dari rumah en meor aje boleh memancing?
Meor Otai : Ini bagus, Lain kali sesiapa nak memancing saya kenakan bayaran rm10 sejam, kalau ikut tingkap rumah saya bayaran nya rm20 sejam, sebab apa mahal kerana saya siap pasang kipas dengan hidangan cucur udang bersama air Teh o Ais satu baldi..


Pesanan buat yang mendapat ikan : hati2 masa makan ikan kaloi tu, jangan tulang ikan tu di buang merata-rata..nanti tumbuh pokok bersama buaian automatik tanpa elektrik kat belakang rumah.

3 ulasan:

  1. Ikan itu disini de sebut sebagai Ikan Grameh... Mancing dimana itu bro..?

    BalasPadam
  2. salam perkenalan bro...terima kasih sudi melawat kami (KPAS )..kedatangan dan komen anda amat dialu-alukan...kami pancing ikan ni di negeri perak area batu gajah...memang banyak ikan ni time tu..tp sekarang dah berkurangan...kerana ramai orang dah pancing ikan ni...

    BalasPadam
  3. thai_pingMei 10, 2012

    ikan kaloi 2 memang terbaek la...caya caya la bro

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...