Dah lama KPAS tak update blog nerrr..bukan apa, sibuk sikit....
OK kali ni KPAS nak update sikit pasal pertandingan kecil orang taman desa perlancongan..kat mana tu? kalau orang pasir putih dan batu gajah tentu dah tahu kat mana, tapi bagi yang tak tahu..buat2 tahu aje le..hehe..
Gambar diatas adalah gambar che mat iaitu johan pancing keli suka2 di kolam pancing doraemon tronoh..
Cuaca time tu mendung aje dr pagi hingga le malam..tak hujan2..ok lah tu..tak le terasa bahang sangat pancing...ahli yang turut serta time tu tak lah ramai..maklum le..nama pun pertandingan suka2..adalah dalam 5 orang..tp kalau menang rm250 dalam tangan ..syarat kemasukan pancing ni adalah :
1) duit kolam bayar sendiri
2) umpan sendiri
3) bayar sorang rm50 kepada yang menang nanti
4) Ikan keli yang paling berat saja yang dikira..ikan lain tak dikira.
senang aje syarat nya..nama pun pertandingan pancing suka2..hehe
Kolam pancing di doraemon ni boleh tahan lah jugak...kira kalau pergi pancing bawa family kira selesa le..
Disediakan kan juga kantin yang berbagai juadah goreng2 dan air minuman panas2 serta sejuk..
Ini dia, peserta pertama menaikkan ikan keli 2kg iaitu en sham..
en sham ni tiada pengalaman mengeluarkan mata kail dari ikan..terpaksalah minta bantuan orang lama..
En sham tersenyum riang kerana terbayang kan duit kemenangan nanti...hehehe ..(belum tentu lagi bro)
En sham hampir kehilangan senyum apabila en Nuar pulak dengan ikan keli......tapi en sham menyambung senyum beliau kembali kerana berat ikan en nuar bawah berat en sham..hanya 1.5kg.
tak sampai 15 min en sham senyum..che mat pulak tersenyum lebih lebar dari en sham apabila beliau berjaya menaikkan ikan keli 4kg...
Taniah che mat...
En nuar sekali lagi berjaya menaikan keli tapi gagal untuk memotong berat ikan che mat..
Tak ketinggalan ikan Pacu jugak berjaya dinaikan..tapi sayang nya ia tak dikira..
Akhir nya en sham berjaya jugak belajar membuka mata kail sendiri...Tahniah en sham..buat pengetahuan korang semua..en sham ni pertama kali memancing kolam bayar..sebelum ni mancing kat lombong,laut, sungai,longkang ( longkang pun ada,,klu ada masa nanti teman bukti kan blog akan datang..ada orang mancing kat longkang),parit....lepas ni teman conform pasti dia repeat lagi ..hehehaahaha..repeat jangan tak repeat...
Peserta-Peserta:
1)che mat ( johan)
2)sham
3)en meor
4)en nuar
5)en din
Sekian terima kasih..
kecik je
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam