Jumaat, 17 Disember 2010

Siakap Sungai Long

Asyik pancing kolam air tawar je….. (merungut sebab x dapat ikan). Kali ni try uji skil pancing siakap. Dah lama tak pancing siakap ni last p ngan sifu Tan ( otai siakap Tg Rambutan ). Ade gak try pancing kolam air tawar area sini ( putrajaya & sekitar), tp hampeh ramuan2 dedak power made in Bt Gajah tak berkesan. Usahkan kate muntah badang, muntah jin aprit, muntah jin super power pun sume dah try, keputusannya.. TAK BERKESAN.. Aku pun naik pelik org2 kat sini sume gile pancing rohu. Rohu kat Kg pisang pun banyak x payah bayo pun. Patut la membangau aku pancing patin kat sini. Last2 aku naik fed up nak mancing kolam air tawar ni umpan deme power sangat sampai ikan x selera nak makan umpan aku.

Maka terbitlah idea untuk try kolam siakap, ADIL, umpan xde yang power, sume pakai udang ( umpan selain udang tidak dibenarkan). Berbekalkan skil hasil pertapaan pada suatu masa dulu dengan Sifu Tan di kolam siakap Tg Rambutan ade la skit confiden nak pancing siakap ni. Pengeras nak pancing kolam ni adalah RM10 /jam maksimum 3 jam ( no deposit). Umpan udang mak datuk mahal RM5 2ekor ( kalo kat tanjung RM1 sekor) nak tak nak kene beli gak. Sampai je di kolam nampaknye ramai yang pakai pelampong dari casting. Tak pe try casting dulu, tak sampai 20 min casting dah dapat, hasil…..

Siakap 3kg..memang best la pancing siakap ni. Lompatan akrobatiknye memukau sanubari. Lesen 1st siakap aku ( gile, pancing sejak sekolah tadika tak pernah dapat siakap).


Cam biase la komplot memancing aku iaitu paksu aku, beliau pun dapat gak..berat lebih kurang sama. Siakap kat sini sume kasar paling kecik pun 1.5kg.


Ni dia 2 ekor. Kang korang x percaya lak he..he..he..

Pas je kul 10.30pm ikan dah xnak makan, deme dah tido kot. Menurut kate mat bangla yang jaga kolam ni,ikan galak makan pada waktu pagi. Pas ni leh try pancing pagi lak.








Tempat : Kolam Pancing Air Masin Sg Long, Kajang
Masa : 8.30pm – 11.30pm

Reel : Shimano Hyperloop 2500
Tali : DAN 10lb
Rod : Fenwick Eagle GT
Umpan : Udang idup
Teknik : Casting
Laporan by Aizad KPAS

4 ulasan:

  1. cmner kat ke tmpt nie yer dari bangsar, boleh bantu....

    BalasPadam
  2. kalo boleh bg no fon kolam tu senang nak cl sblum pegi nanti dtg jauh 2 kot2 tutup x berbaloi,dtg jauh dari perak ......dah la jln x bape pandai nak cr kolam tu lg.....

    BalasPadam
  3. udang hidup ad jual ke
    jgn la diam diri ye

    BalasPadam
  4. udang hidup ad jual ke
    jgn la diam diri ye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...