Jumaat, 11 Mac 2011
Tiada siapa yang tahu ikan apa yang dinaikkan mjkiding atau che mat..misteriiiiiiii..hehehe
Bagus dok melamum memikirkan nak pancing kemana besok ketika balik kerja, tiba2 teman dikejutkan sebuah kenderaan avanza yang rasa nya kenal benor sangat kereta tu..tak salah teman ini kereta che mat atau kereta MJkiding yang memang kenal benar iaitu otai pancing sungai galak dan bekas teman baik rosyam nor ...apa yang dibuat nya di lombong yang pada ketika dulu ada sejarah iaitu bepuluh-puluh orang menjala dengan beribu-ribu ikan tongsan sisik halus berjaya dijala...sila merujuk update yang lepas iaitu di http://clubkpas.blogspot.com/2010/09/pesta-jala-beribu-ikan-tongsan-1kg.html
Suspen jugak ni,siasat punya siasat,selak punya selak (selak lalang le) , rupa2 nya mjkiding tengah mancing..hehehe..mjkiding hampir melompat kelombong bila teman kejut kan beliau ( mjkiding ni kuat melatah )hehee
Rupa2 nya mjkiding tengah memancing ikan lampam jawa rupa nya..selang 3 - 5 minit dah dpt,size tidak lah besar sangat,adalah besar empat tiga jari, size tu blh dikatakan sedap jugak tu kalau di buat goreng,siap pulak dengan air asam cili padi ..malas cerita lah krg terliur pulak teman jenuh nak cari..hehe..(maaf, asyik sembang dengan mjkiding terlupa nak ambil gambar ikan lampam yang beliau dapat..)
MJkiding di teman kan oleh sahabat beliau entah lupa lak nama dia...(sorry ye )
baik punya sembang, tiba2....jeng3...joran mjkiding di sentap ganas hingga kan hampir terpelanting joran beliau..apa lagi...dengan pengalaman beliau berpuluh tahun beliau berjaya menyentap joran kesayangan beliau dan bermula lah aksi ...
Persoalan nya, kalau korang semua bijak bistari, lebih hebat dari nujum pak belalang, IKAN APAKAH YANG DINAIKKAN MJKIDING????..hehehe nak lebih detail sila merujuk video dibawah..hehhe...
Jawapan nya adalah sampah..hehehe
bravodioskebasta..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mcm sampah aje
BalasPadamsalam, hebat tu...
BalasPadambesttt blog nih!!!!!
BalasPadam