Demi minat dan keinginan untuk menduga ikan gred AA, beberapa orang ahli KPAS sanggup memancing di satu lokasi yang amat mencabar.. kata penduduk kampung, tasik tersebut dihuni oleh puluhan ekor buaya. Antara ikan yang menghuni tasik tersebut adalah Jelawat, patin, pacu, rohu dan toman. Target utama mereka adalah ikan Jelawat... juga dipanggil Jelawat Tempoyak selepas ia dimasak gulai tempoyak..ha..ha..gurau je.. Ikan di tasik ni dikatakan amat agresif jika terkena pancing..maklumlah tasik tersebut luas dan dalam...
baru je nak turun ke tebing..semua berlari naik..mana taknya... ada...BU......... silap2 kite yang jadi umpan...
Hippo- patah balik..nah bertembung ngan binatang ni pulak... kelam kabut semua lari meyelamatkan diri sendiri... mencabar sungguh trip kali ni... ikan jelawat punya pasal.
PERHATIAN CERITA DIATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA...HA..HA..HA..
Sebenarnya ahli KPAS pergi "TRY Market" kat Paya Indah Wetland (PIW) yang terletak di Dengkil, Selangor. Di Paya Indah Wetland ade sebuah tasik yang boleh memancing tapi ramai yang tak tahu..
Pintu masuk PIW.
Sebelum memancing pelawat harus mendaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu.
Ha..ni dia badak air tadi..Selain Badak Air, terdapat juga Taman Buaya..cam cerita kat atas tadi..ha..ha..
Pemandangan tasik khas untuk pemancing. Jeti juga disediakan unuk pemancing.
Umpan yang digunakan adalah dedak biasa je..
Aizad dengan Jelawat.
Tengok berapa besar ikan dalam tasik ni..sampai joran patah 3...
Walaupun joran patah, Nesavan tidak berputus asa dan berjaya menaikan 2 ekor rohu..
Nadzri berjaya menaikkan patin..
Bukan nak kata..memancing kat sini memang best sambil mencuci mata melihat buaya2 berenang-renang dan melihat gelagat badak air ...
Jaga-jaga...kami akan return dengan membawa 3 ekor ayam kampung untuk dibuat umpan memancing buaya pulak...hahahaha
Update by : Aizad KPAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan