Tahniah kepada adik fitri kerana berjaya menaikkan beberapa ekor ikan haruan bersaiz XXL.
Kita berbalik pada cerita sebelum tu..jeng2X
Pada satu petang, diwaktu yang tidak di jangka, bagus dok berangan-angan, tiba2 rumah admin kpas dibunyikan hon motor di luar rumah, setelah pintu dibuka terpandang lah meor otai yang tengah tersengih yang tidak nampak kan gigi beliau sambil batang pancing tersandar dibahu dan katak terloncat-loncat didalam plastic diselit di poket seluar beliau...dah faham dah hajat beliau..ni tak lain ajak mancing le tu..
Tanpa membuang masa, apa lagi...dah terasa dah hari ni mesti hasil baik punya...penulis kpas, adik fitri dan meor otai bergegas ke pot tak lain tak bukan kg pisang batu gajah..
Gambar diatas menunjukkan adik fitri dah tak sabar dah..
Ketika penulis dan meor otai tengah setting pancing..kami dikejutkan dengan 1 teriakan dari adik fitri, ingatkan apa, rupa2 nya adik fitri dah berjaya menaikkan sekor ikan haruan bersaiz XXL..ni yang buat tak sabar dah ni..
Ini lah rupa pot haruan tu
Kelihatan meor otai dan adik fitri
Ni dia ikan kedua adik fitri...ni yang buat bertambah geram ni...penulis dan meor otai masih sekor pun tak dapat lagi..
Meor otai membantu adik fitri mengeluarkan mata kail dari mulut ikan haruan.
Ni dia adik fitri punya ikan haruan
Selang beberapa minit meor otai pulak menaikkan sekor ikan haruan..
Ni lah pot adik fitri...
Teramat kecewa bagi penulis time tu kerana sekor ikan pun tak dapat..tak palah ...dah takde rezeki...oleh kerana penulis tidak dapat sekor pun ikan..maka malas lah tulis banyak2..
Kalau dibandingkan ikan adik Fitri dengan meor otai sapa lagi besar?
Salam, hai penulis yang budiman kat manakah anda semua tinggal?
BalasPadamsalam en ali, kitaorang kebanyakan tinggal di batu gajah, ipoh, bemban, simpang pulai, tasek, klebang, desa aman, desa pelancongan, manjoi, bidor, Putra jaya, Labuan sabah.En ali pulak tinggal dimana ye? :)
Padam