Selasa, 12 Jun 2012

Paya Indah Wetland bahagian2


Selepas mendapat hasil yang agak memuaskan daripada Trip pertama memancing di Paya Indah Wetland, Seperti yang dijanjikan didalam update yg lepas...Aizad KPAS dan beberapa orang ahli yang lain telah repeat untuk trip yang kedua dan ketiga dengan membawa beberapa ekor ayam kampung untuk santapan sang buaya disana..

hehehe...gambar diatas hanya  hiasan ..kami memang repeat memancing disitu tapi tanpa ayam kampung...hehe ..

Trip Kedua Jeng2X
Untuk trip kali ini, mereka menyasarkan ikan Jelawat. Sesi memancing bermula jam 8.30 pagi. Riak air di tengah tasik menunjukkan banyak ikan mengambil udara antaranya patin dan rohu.Namun malang bagi mereka pada hari tersebut apabila sang toman mula menonjolkan diri pada tengah hari membuat ikan lain lari entah kemana.
Jelawat yang makan umpan pada jam 12.30 t/hari. Set yang digunakan adalah Mitchell 300XGE dan Rod Fenwick 6"6'
Aizad dengan jelawat beliau.

Trip ketiga jeng3X
Seperti hari pertama, mereka telah mula memancing pada jam 8.30 pagi, namun kali ini lebih malang apabila kelihatan lebih banyak ikan toman main di permukaan air menyebabkan ikan lain tidak kelihatan dan tidak berani makan umpan.

Setelah menunggu hampir 4 jam akhirnya aizad berjaya menaikan ikan Rohu berat lebih kurang 2.5kg
Bukan pancing naik kayak ye..
Set yang digunakan adalah Abu Soron Stx 60 dan Rod Lemax President 8"



Update by Aizad KPAS

11 ulasan:

  1. tak de ke trip mencari rohu jelawat patin di area tronoh?teman nak join.teman ada jumpa port patin rohu di area tronoh.dah 3 kali pegi kumpaw..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih newbies fisher sudi singgah kpas..

      Nanti ada trip kita contact...takat trip kecik2 ni kami segan nak panggil...bukan apa takut balik tangan kosong..hehe..

      Padam
  2. salam... bro boleh bagi info memancing di wetland? 0166224334... ingin pergi ke sana hari rabu ni...
    Terima kasih bro... :)

    BalasPadam
  3. salam Farul,
    No problem..nanti aizad KPAS akan contact Farul bagi info..

    Moga dapat ikan saiz gaban kesana nanti...

    jangan dapat buaya sudah..hehehe

    BalasPadam
  4. aizadkpasJun 19, 2012

    Farul: awak dari mana?

    BalasPadam
  5. aizadkpasJun 19, 2012

    kalau dari Banting menuju ke Dengkil PIW terletak disebelah kiri sebelum sampai pekan Dengkil. Kalau dari pekan Dengkil simpang 3 Balai Polis Dengkil menuju ke Banting akan nampak signboard PIW, PIW terletak di sebelah kanan.

    BalasPadam
  6. Salam aizad,

    saya akan ke sana pukul 8 pagi hari ni... masih samar2 tentang details untuk ke sana... dan lokasi memancing bila sampai disana... siang tadi pun dok beli dedak biase dengan gewang jenis floating aje hehehe...

    Blur blur skang neh... mohon sms 0166224334

    Terima kasih hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. BTW saya akan menuju ke sana dari arah hospital serdang >.<

      Padam
    2. aizadkpasJun 20, 2012

      ok, kalau dari Hospital Serdang keluar ke SKVE menuju ke puchong, nanti akan nampak Petronas sebelah kiri, lepas petronas, exit ke KLIA (Kiri), selepas tu terus hingga nampak signbord dengkil, belok kiri, dah masuk simpang ke dengkil, terus lagi sehingga nampak simpang 3 ada balai polis and belok kanan, pandu 5km and akan nampak wetland disebelah kanan. jangan lupa untuk dapatkan permit memancing di kaunter pendaftaran sebelum memancing.( nak senang cari jln ke KLIA nanti akan nampak signboard Dengkil)

      Padam
  7. Ada bayaran tak bro memancing di PIW nie?

    BalasPadam
  8. boss boleh tau tak tasik mane yg paling pontensi dapat strike.sy study dikajang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...