iklan (RM30 sebulan) - dibuka untuk satu lagi tapak

Tempoh 18nov2013 - 18Dec2013, Info : Tempoh iklan 2may2013 - 2oct2013

Rabu, 31 Julai 2013

Hari ini kita cerita pasal ikan keli..kenapa dengan ikan ke?

Hari ini kita masuk kelas, bangun murid2!!duduk!! bangun!! duduk!! tarik nafas!!lepas!! tarik nafas!!ok hari ni kita mulakan kelas, kelas kita kali ini adalah asal usul dan cerita pasal ikan keli...ehh!!! lupa, semua boleh lepas nafas...nasib baik korang tak pengsan..hehehe 

 
Ikan keli merupakan ikan tanpa sisik yang dapat ditemukan di perairan air tawar di dua benua, yaitu di Benua Afrika dan Asia. Ikan keli yang nama asalnya ialah Clarias Batrachus (Linn) atau dipanggil cat fish.(ikan kucing) ini kerana ia bermisai seperti kucing...meowww...

Kalau korang pergi ke luar negara..sebagai contoh ke indonesia, ikan keli ini tidak dipanggil Keli, disana ia dipanggil LELE, kalau pergi ke africa ia dipanggil mali, sekira anda sampai ke Thailand ia dipanggil Plamond, di jepun pulak namazu,  Sri langka pulak ia dipanggil gura magura (kalau korang tak percaya, korang tahan orang sri langka dan tanya dia..mesti betul punya..)hehehe

Ternakan Ikan Keli pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia.Ikan Keli  kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Keli Bakar

Ikan Keli juga satu hidangan makanan wajib bagi rakyat malaysia. Boleh dikatakan setiap kedai makan ada menjual ikan keli ini, tak kira lah keli bakar ke atau keli goreng,Keli masak sambal, atau masak berkuah atau orang panggil gulai...

Gambar keli bakar bersama air asam (sumber gambar)

 Penulis lebih gemar keli bakar....cicah pulak air asam pekat.......aduhhh  macam dalam gambar diatas...lepas ni nak pi cari lah...hehehe

Ikan keli ada perbagai jenis..diantaranya ialah :-
Ikan Keli Kayu, Ikan Keli Bunga, Ikan Keli Eksotika,Keli Limbat, Keli Limbat,Keli Mata Kati, Keli Rusia, Keli Afrika, Keli Jeram, Keli Hutan


Ikan keli ia juga boleh hidup di kolam. Manakala tempat lain seperti tasik-tasik, lombong2, di sawah bendang, dan di sungai pun ada juga.
Ada jugak ternakan keli di dalam Kanvas...

TriiinnggGGGGGggggggggggggggggggggg...loceng dah berbunyi menandakan kelas dah habis..

Setakad disini buat kali ini..dilain hari kita belajar pasal ikan lain pulak...

Bravodioskebasta..

4 ulasan:

  1. ikan keli dalam bahasa jepun ialah namazu 鯰 tuan! hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nizam..saya dah betulkan..

      Padam
  2. salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..hubungi saya 0145150398 sudin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...